Buat Duit

Monday, December 9, 2013

Rawatan resdung

Tadi ke klinik untuk rawatan resdung anak  dara saya.
Pagi-pagi asyik dok buang hingus kerjanya.
Dah macam nak tanggal hidung pula .

Gambar tahun lepas ....gebu lagi.


Muka pun berjerawat penuh . Berbiji-biji merah merata-rata pipi.
Kesian anak dara saya.

Dah cuba macam-macam . Sabun , pencuci  , bedak sejuk  serba -serbi.

Dia ajak buat rawatan alternatif yang pakai alat macam rokok tu.
Tapi eloklah terus rujuk doktor.

Bila tiba , di klinik ....ramai pula budak-budak nak berkhatan.
Tunggu jugalah , malas nak datang lain kali .
Ingat kena tunggu lama  , tapi sekejap saja tak sampai 30 minit dah dipanggil.
Rasa-rasa ada doktor lain yang buat kerja potong-potong kat bilik sebelah  tu.

Yang syoknya budak-budak yang dah berkhatan keluar dengan muka senyum .
Sempat tengok 2 orang yang dah siap . Dua-dua senyum walaupun sorang tu berpeluh basah juga muka dia.
Apa jampi doktor ini buat. Nanti Shauqi nak buat kat sini juga lah.
Mula-mula , Shauqi kecut juga bila kakak dia usik nak kena sunat.

Minta-mintalah rasilah ubat resdung dengan Si Ain anak  dara saya ni.

* Rasi = mujarab

7 comments:

  1. Kena berpantang makan juga kalau ada resdung ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. doc dah pesan mcm2 . seafood, telur , kekacang kena pantang dulu.

      Delete
  2. Salam,
    kak rose pun baru ahad lepas bawak anak g buat rawatan alternatif pasal resdung ni kat Pusat terapi Al-Ansar... harap2 rasi lah sbb dah makan ubat doctor pun elok kejap pas tu ade balik...cubalah tengok kat sini....http://pusatterapialansarhealth.blogspot.com/ mana tau boleh membantu....

    ReplyDelete
  3. semoga sembuh anak kak nurul..family saya resdung.. saya kena la tempias sikit2.. dulu teruk..sekarang saya rajin2 makan vit c.. tapi patutnya makan kena jaga, kena kerap buang habuk, tukar cadar bagai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil vit c ye....nanti boleh ambil jg vit c utk dia

      Delete
  4. assalam nieda..anak acik pun macam tu..semua cara tak jalan..ada sekali belikan dr.sneez yang sapu kat hidung tu..baik..jerawat2 pun hilang..tapi bila tak jaga makan jadi balik

    ReplyDelete