03 March 2014

Le Tour de Langkawi












Helikopter terbang rendah . 
Bukan selalu dapat tengok , masa ni lah peluang pun .

Semua gambar dari FB kawan saya - Kak Cik Selama.
TQ Kak cik!



Jumaat lepas , jalan di hadapan rumah   kami merupakan laluan Le Tour de Langkawi (LTDL) dari Sungai Petani ke Taiping. 

Waktu ke sekolah pagi-pagi dah nampak papan tanda  merah biru yang menunjuk arah dipacak di tepi jalan menuju arah ke Taiping. Masa tu dok bengong tak tahu apa lagi . Pasai pa banyak sangat 
papan tanda ni aih?

Petang saya ke Taiping jemput anak balik dari asrama . Jalan ke sekolahnya dah kena tutup separuh . Kena ikut jalan dalam bandar. Jalan melalui zoo Taiping tak boleh masuk. Orang punyalah ramai di tepi  di bandar Taiping. Lalulintas  semakin perlahan .



Ambil dia , dan terus balik. Tapi kami terperangkap di jalan  dekat stesyen minyak Shell. Lama juga di dalam kereta sebab menunggu pelumba-pelumba LTDL sampai. Van-van peserta berderet  menunggu di hadapan  stesyen Shell. Helikopter terbang rendah di atas kepala. Ada 3 buah heli yang berlainan yang bertukar ganti terbang.

Nampak orang yang lalu lalang yang membawa barang kenangan  di beri kepada mereka.
Ada botol air from Victoria (kalau tak silap),  belon  dari TM , kertas bentuk tangan yang boleh lambai-lambai. Ada yang bergambar dengan pelumba yang baru sampai. 
Anggota polis traffic pun ramai mengawal lalu lintas.

Kami sekadar tengok dari dalam kereta saja....dalam hati tertanya-tanya bila nak buka jalan ni?
Dan sambil ambil gambar dengan ipad anak saya.

Aihh....Kamera mak tak bawa pula hari ni.









6 comments:

  1. Hello.. salam kenal dari saya! :D

    ReplyDelete
  2. network problem, takleh loading pic pulak...huhu

    ReplyDelete
  3. Secara tak sengaja dapat juga menyaksikan pelumba.

    ReplyDelete
  4. untung la dapat tengok perlumbaan live depan mata hahhaa :D

    ReplyDelete
  5. Lohhh dh kawin rupanya ingatkan masih bujang heeeee. Best aaaa dorang lalu depan umah:-)

    ReplyDelete
  6. Salam Nieda..long time tak jengok..tenet lembap..hilang kesabaran
    Anyway thanks krana sudi bertanya kabar nekcik ye
    Alhamdulilah nekcik sihat

    ReplyDelete