18 May 2014

Hadiah hari guru

Warga guru baru menyambut Hari guru pada 16 Mei yang lalu. Bagi memeriahkan suasana kami sesama guru ada buat pertukaran hadiah  sesama sendiri. Harga hadiah dah ditetapkan. Jadi carilah hadiah dalam linkungan harga yang dah dipersetujui . Balut elok-elok bawa mai sekolah , kemudian cabut nombor pula. 
Kotak hadiah  yang sama nombor dengan nombor yang kita cabut akan jadi hak milik kita.

Tahun ini saya dapat kotak yang tersangat ringan . Macam tak ada isi. Rasa tak sabar nak buka tang tu juga. Tapi sabar , balik rumah baru buka.

Bila buka , saya tengok kotak microphone sekali dengan guaranty card pun ada lagi. 
Siap dengan resit beli . 

Memang tak ada isi kosong . 

Sungguh.

Tapi ada RM 35 ....sebenarnya hadiah yang patut beli RM 25 sahaja. Saya dah untung RM 10 ...hihiihi.

Jadi semalam saya pun gigihlah pergi beli barang dengan duit hadiah yang saya dapat tu.

Saya beli penyidai tuala dari kayu . Dapat pula RM 30. 
Masih untung RM 5.

Berbaloi juga dapat duit tunai, boleh beli hadiah ikut pilihan hati sendiri.

Ini lah rupanya....









9 comments:

  1. hihi...saya pernah tukar2 hadiah begini di sek lama.seronok kan..
    dah saya percaya si pemberi tu pening kepala memikirkan apa nak dibeli dengan rm25 itu atau dia tak berkesempatan keluar membeli...
    anyway..tahniahlah kerana memanfaatkan sepenuhnya duit itu..hihi.

    ReplyDelete
  2. cikgu2 beli hadiah utk diri sendiri...
    dah tahu sapa punya angkara. setiap tahun buh duit je kerja dia. tapi saya suka....boleh beli barang ikut hati sendiri

    ReplyDelete
  3. Lohhh kak nieda cikgu rupanya. Selamat hari guru jak nieda
    Dot duit pun best gak boleh beli apa yg kita nak, rezeki tu :-)

    ReplyDelete
  4. biar nampak benda kenangan duit tu ...
    tq JM.

    ReplyDelete
  5. beli kat mana penyidai tu. murah nye

    ReplyDelete
  6. kamunting , kedai perabut dekat KFC

    ReplyDelete
  7. Selamat hari cikgu belated nieda.....

    ReplyDelete