Sambung lagi cerita Indonesia.
Walaupun dah berkali-kali sampai di Bandung -Jakarta tapi ini adalah kali pertama saya sampai di sini.
Bukan apa sebelum ini, rombongan dengan bas, ramai yang tak mahu ke sini sebab terlalu lama dalam perjalanan dari Bandung sahaja ke sini hampir 3 jam. Kenapa....? sebab takut masa nak menyopping tak cukup la.
Gambar wajib.
Kami dah sampai petang lepas makan tengahari di Manjabal 2. Kami naik ke atas dari pintu masuk Kawah Putih dengan kereta sendiri.
Kalau datang dengan bas , ada disediakan van untuk naik . Bayaran saya tak tahu pula jika menggunakan kenderaan mereka.
Jalan seperti kita nak naik Tangkuban Perahu. Oleh kerana dah petang ,cuaca berkabus dan hujan rintik -rintik pula menyebabkan kami sukar melihat kenderaan datang dari arah depan lalu Jodi supir kami menyalakan lampu Avanzanya. Begitulah kata Jodi kalau hari beransur petang , kabus banyak sekali.
Banyak sungguh gambar dia...asyik menyelit bila orang ambil gambar.
Bila tiba di atas , kereta ditinggalkan ( belakang KAWAH PUTIH trademak). Van yang disediakan yang berwarna oren untuk membawa penumpang yang memerlukan naik ke sini . Ada banyak van sedang menunggu penumpang. Masa kami tiba , serentak dengan rombongan para remaja Indon. Kelihatan mereka ramai di belakang tu.
Tunjuk arah.
Sebelum sampai di sini, kita kena menuruni anak tangga yang panjang . Ada arah naik dan turun , dua hala disediakan untuk memudahkan pengunjung.
Cantik !
Terowong Belanda dan Jodi.
Terowong Belanda ialah tempat menghukum pesalah di zaman Belanda. Mereka dikurung beberapa lama sehingga mati di situ. bau belerang sangat kuat di sini. Kesan-kesannya sehingga jauh dari tasik. di bawa oleh air hujan atau pun tapak kaki pengunjung ke sini.
Yang putih-putih itu ialah belerang( sebenarnya warnanya adalah kuning) . Ia telah dibawa jauh ke kawasan atas bukit laluan sebelum sampai ke tasik di bahagian bawah.
Berkabus. Sesekali terasa macam berada di dunia lain. Airnya berwarna hijau lembut tak beralun.
Laluan menuju ke Kawah Putih. Jauh juga nak menapak .
Laluan naik dan turun .
Dah sampai ke kawah selepas termengah-mengah jalan kaki.....huhuhu.
Gambar dalam gambar.
Berduo...bukan senang nak ajak bergambar cik abang tu...
Budak kecik ni lagi...peace.
Cantik sungguh pemandangan di sini.
Tak rugi pengalaman menjejak kaki di sini. Indah sungguh ciptaan Ilahi yang wajar dihayati.
Nasib tak baik sungguh , belum puas nak mengfoto bateri habis . Apa daa...
Untung datang dengan kawan-kawan dapat pinjam foto dari mereka. Terima kasih kepada blogger Isma .
saya pun kali ketiga ke bandung baru dapat ke sini...hehehe masa tu dah tak pikir shopping sgt...pikir nak jejak kaki ke kawah putih ni jer....memang sgt berbaloi walaupun perjalanan yg panjang...hehehe cantik!
ReplyDeletebertabahlah utk ke sini. tapi akhirnya .....best, teruja dengan alam ciptaan Allah yg indah ini
DeleteHai Dj sambil lambai2 tangan heeee
ReplyDeleteWahhh kiranya Dj dan kak Nieda dh jejak kaki ke sini Jm je yg belum lg sampai
Jm pernah blog siapa ntah x ingat bila ke kawah putih tu dorang pakai mask sbb ada bau belerang katanya. Unik sungguh warna ayer nya tp kenapa kawah putih x kawah biru :-)
bau belerang masih ada . tapi boleh lagilah tak payah pakai mask pun. kalau yg semput mungkin perlu kut.warna airnya hijau .
DeleteWah..hebatnya ciptaan Allah ini..sekali tengok macam kt Jepun pun ada..
ReplyDeletejepun ...kat mana tu?
DeleteWah bestnya..... huhuhu pi bandung dulu tak sempat nak pi tangkuban perahu... agenda shopping lebeh penting... huhuhuhu nampak gaya kena repeat lagi ni
ReplyDeletemmglah agenda menyopping agenda utama... hihihi
DeleteSubhanallah..cantik kawasan Kawah Putih tu...saya tgh fikir2 samada nak ke Bandung, atau nak ke Padang hujung tahun ni..:)
ReplyDeleteDUA2 best...
DeleteYa betul dua-dua best
Deletememang cantik nieda..gambar pemandangan nya tak jemu tengok cantik sungguh
ReplyDeletecantiknya! best kalau dapat ke sana.. Ros tak pernah berkunjung ke sana...
ReplyDeleteMeriahnya pemandangan kat situ! teringin nk pergi! :) Jemput singgah ke blog SM kalau sudi :)
ReplyDeletehttp://santanmanis.blogspot.com/2014/07/boleh-gelak-sampai-tertonggek-kalau.html
Kak zai pun dah sampai tempat ini. Jauh juga nak berjalan.
ReplyDeletecantik nya mcm lukisan
ReplyDeleteSubhanallah! This is such a nice place! Tengok gambar pun dah ternganga. Tq for sharing about this beautiful area :)
ReplyDeleteRuqayya just read.....5 Individu Paling Berjaya dengan Shaklee