Ini kenangan 3 bulan dulu , semasa di Indonesia.
Sebelum berlepas pulang kami mengisi perut di sini . Cadang nak makan yang ringan-ringan saja sebab dalam flight nanti nak pekena nasi lemak atau beriani . Wah berangan ...sebab ada rupiah lagi. Tapi rugilah bila guna rupiah dalam penerbangan balik. Baik guna ringgit.
Beard Papa's ini terletak di Terminal 3 kami makan karipap dan minum sahaja. Sebelum ini , saya tak pernah ke terminal 3. Rupa-rupanya di sini lebih selesa , luas dan ada kiosk -kiosk yang menarik. Ruang solat yang selesa dan agak luas berbanding di terminal 2 yang saya pernah singgah.
Ada tiga rasa karipapnya
Sayur, daging lada hitam , dan kentang pedas.
Selain karipap ada lagi pilihan makanan yang lain tapi dah lupa sebabnya kami semua semua order karipap tapi inti yang berbeza.
Harga berbeza mengikut inti. Inti daging dan kentang Rp11,000 dan sayur Rp 10,000 saja. Namun menariknya inti sayur ialah campuran kobis dan su'un. Sedap. Sesiapa yang tak suka makan sayur pun pasti boleh makan karipap ini. Tak cukup satu saya tambah order sementara nak menunggu masa berlepas.
Makan sebijik pun boleh kenyang sebab saiznya besar. Rasanya rangup dan panas memang membangkitkan selera. Mujur juga makan dengan puas di sini rupa-rupanya nasi lemak dan beriani dah habis bila peramugari /pramugara sampai ke tempat kami di belakang.
Shauqi , si kecik saya yang duduk di depan dengan suami saya dapatlah merasa.
Lepas makan terus dia lena, Almaklumlah perut dah kenyang.
Sesiapa yang ke sini bolehlah makan sambil bersantai-santai sebelum berlepas pulang.
* gambar dari FB Isma.
Thanks Isma.
Lepas format habis semua gambar.
Kak zai tak tahu ada terminal 3. Lain kali bolehlah cari karipap dia. Teringat karipap di IKEA.
ReplyDeleteterminal 3 menarik la...sejuk mata memandang , luas dan yg penting banyak kerusi nak duduk. berbanding di terminal 2 yang agak sempit
Deletewah karipap inti sayur yea...nekcik x makan sayur...mesti x beli yang ini..he..he..
ReplyDeletetak makan sayur ye...tapi ada inti yg lain juga
ReplyDeleteKaripap memang kesukàn anak2..tambah2 lagi inti daging ngan lada hitàm tu.pernah beli di pasar malam sini..mungkin rasa tak sama kan nieda
ReplyDeleteha'a..besar betul karipap nya..JM pernah mkn karipa..bila gigi kosong je kat dalam..inti ciput huhuh
ReplyDelete