Kedian saya berFB dengan egen yang pernah ke Chiangmai (1st time suami pergi) dulu. Dia kata tak pa ...Hotel Kosit ada lagi tapi bukan area Lee Gardenslah. Bertambah best harganya tak sampai seratus ringgit. So...bolehlah booking melalui dia. Kebetulan dia pun ada di Hadyai pada masa tu . Jadi kami jumpa di Kosit sajalah.
Hotel ini, dah cukup selesa untuk kami anak beranak. Lagi memudahkan keadaan, jalan sikit sebelah kiri dari pintu keluar hotel dah jumpa kedai makan halal. Banyak pilihan makanan yang sedap di tekak saya . Malah saya rasa lebih sedap dari Salma Restoren atau pun Hamid Restoren yang glamor dan mahal tu.
Ada nasi kerabu (6o bath), mee, bihun , kew tiew (50 bath) , roti canai dan air teh panas yang sangat kaw.
Rohana Tomyam. Lokasi sebelah kiri Hotel Kosit.
Pilihan mee, bihun, kew tiew, nasi goreng ....boleh campur 50 bath sepinggan .Kuih-kuih pun ada
Nasi kerabu pula .....melantak lepas makan mee goreng .
Teh panas yang tersangat best. Eh! dah kenapa muka Alia ni.... dia makan roti canai 2 keping.
Depan hotel.
Yang pakai baju merah pemandu motor tapi d panggil motor teksi. Kita boleh minta dia hantar ke mana saja tapi sorang sajalah yang dapat naik motor tu.... Kami guna khidmat motor ini untuk bawa ke Hotel Kosit . Dah pusing 4,5 kali tak jumpa bayar sajalah pada mereka ni. Tak pening kepala dah....terus di hantar ke pintu hotel. Bayar 40 bath.
Sebelah malam kami ke Floating market . Alia dan Ain anak saya , tukang baca peta. Peta , kami dapat di border masuk. Banyak disediakan di pintu masuk ke Siam.
Kalau sampai di Floating marking jangan lupa beli air dalam bekas seramik seperti gambar di atas. Boleh bawa balik rumah buat bubuh pen/pencil.
Saya makan kuaw tiew sup ( tak sedap sangat) dan somtam. Saya tercari-cari jeli ( buah comel inti kacang hijau) tak ada pula. Nak try sushi seketul 5 kupang pun tak ada juga... haihh tak dak rezeki.
Alia @ Central Festival Hadyai
Saya dan Rapizah yang selalu ikut jalan-jalan ( Bandung, Jakarta dan Chiangmai)
Berhadapan Mall besar Central Festival mercu tanda jika kita dah sampai ke Hadyai. Bangunan yang besar ini yang kita nampak bila kita mula-mula masuk ke bandar Hadyai ini.
Jalan di belakang kami ialah jalan arah balik ke Malaysia.
Kali ini kami ke sana dengan kereta sendiri .Senang saja jalan ke Hadyai , nak ke sana tak payah potong kanan kiri dah . Straight terus masuk Hadyai. Lagi mudah ada signbord boleh kita rujuk. Bapa- bapa tengah pilih aksesori kereta masa ini. Mak-mak sibuk mempotretkan diri.
Kedai aksesori kereta berhadapan dengan Central Festival.
Sesiapa yang nak nak tambah aksoseri kereta terutama jenis 4X4 di sini tempatnya.
Ramai juga orang Malaysia yang datang ke sini membeli semasa kami di sini. dari Penang, KL sanggup depa mai. Jurujual wanita di kedai ini boleh cakap melayu.
Senang kerja....
SA xpernah sampai hadyai lagi...plan tu ada..entah bila dapat pi...
ReplyDeleteX rugi...makanan sedap
DeleteKalu SS yang pegi... Mahu berpinggan2 agaknye... He He He...
ReplyDeleteSelain shopping.....makan dan makan sj kerjanya
DeleteSaya pernah ke Hatyai... dok kat Grand Plaza tu lah... banyak street food muslim kat sana... best
ReplyDeleteSalam, Hee sungguh seronok ke Siam.
ReplyDeleteSalam perkenalan...
ReplyDeleteWaa syokla dpt jalan2...:-)
kat sn..ckp psl tom yam mmg x yah ckp la...kelas punya tom yam kann
ReplyDeleteSalam..kt hadyai tk banjir ke?..sb sy akan ke sana 26hb ni sebelum ke phuket..tq
ReplyDeleteX ada pula.....
ReplyDeleteNekcik teringin jugak nak ke Hatyai ni tapi belum berkesempatan..nnti kalau pergi boleh lah skodeng lagi blog Nieda ni..
ReplyDeleteasal boleh cop paspot nekcik bajet nak gi oversea ...dgn kami di perak ni dekat lah
DeleteSamalah. Teringin jugak nak ke sana.
ReplyDeleteTapi bahaya x?
Risau tang keselamatan..
in sya allah
ReplyDeleteselamat .3 kali pergi tak ada apa2 kejadian buruk menimpa.
nak pergi tu doa byk2 supaya selamat pergi dan kembali.
saya pernah pegi dah.. tapi pegi balik hari ja.., floating market tu saya kerja nak membeli ja...
ReplyDeletefloating market ...daya tarikan siam
ReplyDeleteBest nyer dah sampai Hat Yai.. insyallah azam juga utk diri sendiri.. satu hari nanti nak jejak ke Hat Yai juga lah.. :D
ReplyDeleteakk ikut bukit kayu hitam ke...mcm best jek tpi takut gak kt Thai ni tau je la merusuhnya hebat ;)
ReplyDeleteharga hotel tu x sampai RM100 dek kerana agen tu tolong booking atau mmg harganya begitu.
ReplyDeleteSetuju sgt...restoran Hamid dan Salma tu mmg mahal maybe sbb dah jadi tourist spot
Kak Nieda yg bertudung kuing tu ke..nampak masih muda remaja...