Buat Duit

Monday, August 28, 2017

Kad Raya dari Blogger Mazuriah Mohamed

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Assalamualaikum

Satu-satunya kad raya yang diterima pada Syawal  tahun ini. 
Ingatan dari Mazu blogger yang suka berjalan makan angin tu .
Respect pada Mazu yang masih rajin menghantar kad melalui pos. 
Mana ada orang buat dah kan?
Jarang-jarang , tapi touching la terima kada raya by pos ni.
Sekarang ni , kebanyakkan  ucapan semua melalui alam maya.


Teringat masa muda remaja dulu,  bila time nak raya rajin pos kepada PM, Sultan dan pembesar-pembesar negara zaman tu. Ini idea cikgu sejarah kami . Sukanya bila kad raya dibalas....

Selalunya VVIP ini letak gambar keluarga utk kad raya masing-masing. Seronoklah boleh kenal putera-puteri raja. Pernah  juga dapat balasan dari  Sultan Perak salah satu kad raya yang diterima .

Walau pun lambat  balasan diterima tapi setiap kad mesti dibalas juga.
Satu kelas masa tu, asyik menunggu balasan kad raya yang dihantar.



Punyalah lama nak up entry ini...samapai nak masuk raya haji pula .
Maaf Mazu, sekarang ni nak menulis diblog dah suam-suam kuku.

Terima kasih Mazu atas kiriman kad raya tempohari. Semoga silatulrahim berkekalan hendaknya.


Selamat menyambut 10 Zulhijjah.




12 comments:

  1. budaya ni dah lama dilupakan semua main hantar thru whatsapp saja. bagusla Kak Mazu still hantar kad raya.. dijadikan kenangan =)

    ReplyDelete
  2. betul tu CT.Macam dulu2 , lebih menarik dan sentimental value

    ReplyDelete
  3. nostalgia zaman dulu2...rasa best je dpt kad raya, terharu pun ada..saya dpt dua je Syawal tahun ni..huhu..

    ReplyDelete
  4. Teringat dolu2... mmg sentiasa menanti-nanti kedatangan dan balasan kad raya. Tpi sekarang sejak dah ada internet sume ni mmg tak pernah lagi dapat kad raya.

    Anyway, rajinnye Nieda menghantar kad raya pada VIP dan VVIP. PR mereka balas ya...

    ReplyDelete
  5. zaman budak2 masa tu...memang layan la tulis kad raya.bukan kad raya saja, pen pal pun ada.nun dpt warga Amerika utara semua ada.sebabnya suka dpt stem obersi.

    ReplyDelete
  6. Nk carik kad raya pon payah la ni kan... dh x bnyk kedai jual... bookshop ade la kot nya

    ReplyDelete
  7. SS pon dpt kad raya dari Mazu... Sorrylah... This year SS tak hantar kad raya... memang x de mood nak beraya...

    ReplyDelete
  8. tak pernah lagi nak buat2 cam ni..
    sekarang semuanya pakai copy paste tu lah. heeee

    ReplyDelete
  9. saya dpt juga tp entah bila laa nk bls ;-) seronok kan bila dpt tanda ingatan mcm ni ;-)

    ReplyDelete