Buat Duit

Saturday, August 5, 2017

Rain Town Brother Western , Kamunting



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Rain town Brother Western.

Kaunter bayaran dan trademark kedai.

Sebelum ini dah  cuba makanan western di Deli Cafe yang terletak sebaris dengan kedai Rain Town Brother ini. Kedai yang menghala ke kawasan perisdustrian taiping atau pun dekat sangat dengan Stesyen Keretapi Kamunting.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Fish and chips (RM12.90)

Kegemaranku .

Ya Allah , besarnya isi ikan ini sampai tak habis dimakan sorang. Pelawa pada Shauqi pun dia menolak. Kenyang sangat la tu.....sebelum ke sini dia dah balun kerepok lekor  .

Fish and chips ini  bestnya , isi yang garing di luar tapi lembut di dalam. Boleh pilih pilihan sos mengikut kesukaan . Ada 4  atau 5 sos yang di sediakan  untuk dimakan bersama fish and chips ini.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Fish Finger

Ini pun sedap juga. Cicah dengan sos cili dan mayonis.  Buat Shauqi yang katanya dah kenyang. Order yang ringan-ringan untuk dia....tu pun tak habis. Nasib baik murah....hanya RM 4.90 saja.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Cheese meat (lupa nama) RM 13.90

Alia , anak  perempuan saya makan yang ini. Sos lada hitam juga. Tak sempat rasa , tengok-tengok dah habis. Tapi makan fish and chips tu pun dah kenyang , sekak perut . Kemudian dok tolong perabis fish finger si Shauqi pula.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Banana Sluppe , Alia punya. RM 4.90


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Teh O  panas dan Teh Laici ais 

Mak minum panas je.. nak larutkan lemak dalam perut.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Budak yang dah kenyang .


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Aiman , sorang lagi anak saya order chiken cop ..tapi sayang  gambar tak jumpa . Rm 12.90 juga. Chicken cop mana-mana pun sama lah kan? Tapi isi  ayam tu lebih besar dari  Chesse meat yang alia makan. Ada sosej, dan  ada kentang goreng .

Deco dalam kedai.

Meja kerusi dari kayu ..hipsters sangat tapi menarik la....ada deco di dinding sebagai hiasan.
Masa kami sampai tak ada orang dalam pukul 5 lebih. Dah petang.

Kemudian baru datang pelanggan lain....ada sepasang , ada solo ada yang bawa anak....ada yang bawa anak-anak...hahaha. Baru penuh kedai. Ok lah tak serabut sangat.

Lagi satu kakak  owner ni,  dia peramah sungguh ...sambil nak membayar tu sempat lagi sembang2 macam dah kenal lama. Kredit untuk dia, semoga bisness semakin maju.







6 comments:

  1. Bestnya makan fast food atau western kat M'sia sos tak kena bayar. Mintaklah banyak mana pun.. percuma. Tapi kalau di luar negara, sos kena bayar.

    Apa yang di menungkan dek si Alia tu.

    ReplyDelete
  2. Besar fish and chips. Puas makan :D

    ReplyDelete