05 December 2017

Kek Gula Hangus Sukatan Cawan


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kek Sarang Semut


Kek sarang semut yang sedap.
Bila makan terasa kenyal dan berdenyut-denyut.
Mudah nak buat sebab saya pakai blender.....dan saya tak peram.
Lepas blend terus masuk acuan dan bakar.
Pastikan oven dah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar dalam 45minit.

Dulu rasa macam susah nak buat sebab kek ini kek legend. Zaman mak-mak kita yang buat dulu .Tapi bila buat menjadi ..haih seronok pula.



Blogkan di sini nanti senang nak cari resepi.



Bahan-bahan

Untuk gula hangus

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 sudu butter  atau marjerin

Bahan lain
4 biji telur
1 cawan susu pekat (3/4 pun boleh bagi yang tak suka manis)
1 sudu kecil esen vanilla

1 cawan Tepung gandum + 2 sudu kecil soda bikarbonat ( ayakkan)

Caranya
Langkah 1.
Masakan gula sehingga perang.
Bila dah larut masukkan air panas.
Kacau sebati.....kemudia masukkan majerin atau butter.
Letak tepi  dan biarkan sejuk.

Langkah 2
Pukul telur tak perlu lama sangat
Masukkan susu pekat dan esen
( Saya blendkan saja)
Masukkan tepung ke dalam adunan telur . Blend sekali lagi
Kemudian baru masukkan gula hangus.

Blend  lagi adunan.
Dah sebati masukkan ke dalam bekas.
Bakar dalam masa 45 minit.

Siapp!

Post a Comment