18 February 2018

Apam Susu

Assalamualaikum


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Apam Susu Belang coklat

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Keratan rentas setelah dipotong


Mari kita buat Apam Susu

Permintaan anakanda nak bawa balik apam susu ke Utara .
Mak buatkan aja.
Semua bahan semua dah ada di rumah.
Sekejap dah jadi apam susu mudah ini.
Untuk menarik kejadiannya pandai-pandailah guna  gabungan warna . Sama ada nak dua atau tiga warna .

Bahan-bahan

4 bji telur
1 sudu besar ovallate
3 sudu besar susu pekat
Sedikit esen vanilla
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum

Caranya.

1. Pukul telur , gula , ovallate dan esen vanilla hingga betul kembang.  
2, Bila dah kembang , sampai putih macam nak buat bauhulu baru masukkan tepung yang telah diayak terlebih dahulu. Tujuannya supaya lebih udara .
3. Masukkan ke dalam acuan berselang seli mengikut warna kesukaan .
4. Panaskan pengukus.
5. Dengan pengukus elektrik dalam 15 minit dah masak apam susu kita tu.
6. Kalau dengan dapur gas lebih kurang 45 minit.

Jangan terlebih masa mengukus sebab akan menyebabkan apam memjadi keras.
Namun , anda boleh test dulu dengan lidi atau garfu bagi memastikan adunan betul-betul telah masak sebelum tutup suisnya.

Selamat mencuba.

Kredit kepada cikgu aini atas resepi ini.
Kalau nak cari resepi boleh KLIK DI SINI BLOG CIKGU AINI



Post a Comment