11 October 2018

HOTEL MOVENPICK MADINAH

Assalamaualaikum.

Kenangan mengerjakan haji pada musim yang lalu (2018) menjadi kenangan abadi . Rasa seronok bila dikenang. Pengalaman seumur hidup. Mungkinkah ada lagi rezeki kedua? Berdoalah semoga ia datang lagi dalam hidup.


Penerbangan kami suami isteri   pada penghujung musim haji. Penerbangan kami yang ke 29, Jadi kami  terus ke Mekah walaupun permintaan nak turun di Madinah dulu.  Terima sahaja , mungkin Allah dah sediakan sesuatu yang baik  untuk kami. 

Kami buat Haji Tamattuk.Semua jemaah yang terbang sekali perlu memakai ihram dari tanah air. Kami berniat umrah di Qurnul Manazil.

Di Mekah kami menginap di Maktab 76  atau Hotel Qasar Janadriyah. Hotel Tabung Haji yang terletak dekat dengan Hotel Abraj Janadriyah yang menjadi pusat operasi Tabung Haji.
Kami pergi secara Muassasah.

Tapi, sekarang saya nak berkongsi cerita tentang hotel yang kami inap selama 7-8 hari di Madinah.
Bersyukur sungguh  dapat hotel yang paling dekat dengan pintu masjid Nabawi. ....pintu 15. Keluar pintu hotel terus masuk kawasan masjid. Hotel 5 bintang  siapa tak suka. Dalam hotel ada Bin Dawood . Senang nak cari keperluan. Di situlah selalu dituju nak cari barang.



Doa termakbul seperti yang diharapkan. 
 Syukur sangat.



Galeri gambar di penginapan ini
Pandangan dari dalam masjid .


Galeri gambar di penginapan ini
Movenpick juga 
dekat dengan Pusat membeli belah Al Taiba  ( boleh masuk melalui Pintu 17)
Tempat menyopping selepas  solat. Ya Rabbi .....punya la ramai orang membeli .
Kurma , jubah , barang kemas, sejadah , minyak wangi semua ada.

Galeri gambar di penginapan ini
Lift yang banyak.

Lift disedia kan banyak . Kiri kanan pun ada.
Yang nampak pintu hitam tu semua lift.
Tapi jangan tersesat seperti kami.
Movenpick terbahagi kepada  dua menara iaitu menara Al Haram dan Menara Madinah.
Malam pertama  sampai kami balik lewat (dengan geng sebilik).  Kami ke Raudah malam sesampai tu . Punyalah excited. Balik dah lewat dekat pukul 12 malam baru sampai bilik.

Malam tu kami balik masuk lift di Menara Al Haram. 4,5 kali pusing pun tak jumpa nombor bilik. Last-last jumpa orang tanya baru tahu rupanya kena ke lift yang ada tulis Menra Madinah.
Hotel besar, bilik banyak, penghuni pun ramai....boleh isi sampai 2000 orang.

Asyik berselisih dengan pilot dan crew kapal terbang dalam lift.
Alhamdullillah siapa sangka dengan Muassasah pun dapat menginap di hotel yang selesa.
Rezekikan.

Ini bilik saya.
Bilik berempat.
Bilik suami pun dekat ...senang nak apa-apa.

Meja kerja.
Dah jadi tempat letak barang.

Dapur...tak dan masak pun.
Setakat masak air je hari-hari..
Untungnya , kami diberi teh , kopi , gula , dan creamer.

Bilik air..


Pemandangan  dari bilik kami tingkat 4.

Deretan hotel sekeliling Movenpick,

Ramai  orang Pakistan menginap di hotel depan tu.

Hari terbang balik pun tiba....kami ke Raudah membaut ziarah widak. Berdoa semoga ada rezeki datang lagi.Sedih hendak meninggalkan tanah 1000 pahala.
Tapi , janji setakat itu sahaja,


Kami di bawa ke airport dengan 11 buah bas. Jemaah yang ramai hampir 500 orang akan terbang pulang pada 19 September melalui Madinah.


Dari jauh dah nampak ..huhu. Di situ kamia akan di bawa,


Pintu gerbang ...pelepah tamar,

Selepas   solat zuhur qasar dan jamak kami pun dipanggil masuk .
Terbang pulang dengan selamat.