11 January 2019

Kerabu Maggi

Assalamualaikum.


First time mencuba kerabu maggi masak sendiri...hihi.
Maggi Siam yang di beli di Pekan Danok sebelum keluar sempadan tempohari .
Plastiknya berwarna merah .
Sayangnya dah buang sebelum diambil gambar. 
Selalunya di kedai-kedai makan Siam memang ada maggi ini.
Nak senang kalau nak beli minta saja  maggi untuk buat kerabu.

Maggi ini dibeli  oleh kawan saya , Pizah di pekan Danok . Kami singgah di kedai orang Melayu Pattani membeli beras pulut dan biskut halal. Seronok pula , kalau ke Thai masa balik mesti singgah di sini.Macam- macam nak dibeli rasanya.
Tapi , duit kita dah rendah maka membeli seadanyanya  sahajalah.


Meh kita tengok resepi.

KERABU MAGGI .

2 atau 3 bungkus maggi
Sotong, udang 
Cili padi
Daun sup atau ketumbar
Lobak merah yang dipotong panjang (  tak letak)
Limau nipis atau lemon

Caranya.
Maggi , udang ,sotong direbus terlebih dahulu.
Gaul sebati semua bahan dan campur dengan air lemon atau limau nipis.
Untuk perasa gunakan perasa yang telah disediakan.

Siap!
 Sudah boleh dimakan . 
Senang dan mudah.