01 April 2020

Adya Hotel Langkawi

Assalamualaikum.

Kami ke Langkawi pada minggu awal cuti sekolah . Masa tu tak isytihar PKP lagi.
Maklumlah nak ke Medan terpaksa dilupakan.
Ke Langkawi pun sebab nak ke kedai jam tangan suami beli tapi   rosak  . Pada hal baru sangat beli tak sampai setahun pun.

Dah pergi ke kedai jam dekat2 bandar kami tingal   , tapi staff kedai kata rosak . Kena hantar ke HQ atau kedai yang jual brand yang sama.  Jenuh la juga nak cari kedai yang jenama sama  ni . Sempat pakai beberapa bulan je. Terkilan la , tak puas pakai dah rosak kan.

Kami naik AA tapi balik naik Fire Fly . Pertama kali merasa  Fire Fly...yang bestnya bagasi 20 kilo seorang freeeeeee. Kalu ku tahu awal-awal tak ada lah  takut nak membeli masa di Langkawi.

Bila dah sampai ke pulau dari Penang, kami ambil kereta sewa terus zasss ke kedai jam di Pantai Cenang.

Masa beli dulu di Paradise Bird Park. Ada kiosk  jual jam di sebelah kedai coklat dalam tu. Staff dia dah bagi tahu kedai jam kena pindah ke Cenang Mall esoknya. Barang- barang pun dah masuk kotak sikit untuk bawa pindah.

Bila dah sampai ngam-ngam ja , tapi kedai masih buka . Last-last dia tukar bateri jer pun .

Kena la RM 20 . Staff dia pesan beli bateri dari Jepun atau US. Jangan beli dari China. Nanti bila habis,  lambat ganti ke apa bateri belengas (Tau belengas tu apa?), Heran pula pasal apa , kedai yang mula-mula cakap rosak .Susah hati dah tuan jam.

Selamat la jam tu...sihat walafiat sampai sekarang bila diganti bateri.


Naik dari Bayan Lepas.
Seat kosong ...boleh pilih suka hati nak duduk mana.

Tak berebut nak turun.
Kadang kena tunggu lama baru dapat gerak dari kerusi .



Kami booking Hotel Adya yang di Kuah.
Adya ni banyak cawangan . Di Pantai Cenang pun ada juga . Rasanya yang tu baru lagi tapi kecil sikit dari yang Adya di Kuah ini.

Mak mengidam lama nak tidur sini.
Asyik  lalu tengok saja sebelum-sebelum ni kan.

Bilik pertama kami di tingkat 9 malam memula sampai.
Luas .

Ada la kopi teh disedia kan.

Hening pagi dari beranda.

Hotel Islamik .
Quran dan yasin disediakan.

Boleh baca.

Kolam renang .
Boleh la buat kuak lentang sekejap.

Shauqi.

Shauqi dan kakak.

Bilik kami ..boleh nampak Pekan Kuah terus ke laut .

Laut tu tempat feri sampai .
Kat Jeti Kuah dah.

Dari bilik kami  nampak Bangunan Tabung Haji Langkawi.

Bilik malam kedua . 
Diberi katil single.
Pun luas.
Boleh letak beg , tilam extra dan tempat solat.

Mineral water dalam botol kaca Ikea.


Air laju .

Tandas.

Ini dari view tingkat 5.

View dari lift yang  berkaca.



Cendul RM5 yang sedap.
Beli di gerai depan hotel.
Beli juga pulut mangga.
Ada juga ayam goreng dan air kelapa.
Tapi kami  tak beli pun yang tu.


Lobi.

Anugerah .

Fire Fly  Langkawi ke Penang.
Seat penuh masa balik.

Kipas tajam.


Dah terbang balik.

Pantai Langkawi.

Antara pulau-pulau kecil Langkawi.
Langkawi kan banyak pulau.


Percutian singkat ...setakat dapat beli coklat.
Bila balik dah kena kurung .

Semoga  cepatlah covid 19 berakhir  dan negara kita dengan selamat  semuanya.



5 comments:

  1. Seronoknya komen dah timbul.tq sweetie

    ReplyDelete
  2. Ok, kita tolong menolong...

    ReplyDelete
  3. dari Penang sekejap je da sampai Langkawi kan xdan panas montot hehe.. lama da x pi. rasanya sejak arwah ayah xdak. kalo xmesti tetiap tahun nak kena p.

    tak penah naik firefly. one day nak cuba =D

    ReplyDelete