25 April 2020

Tauge

Assalaamualaikum.
Tak ada kerja musim pkp ni ...kita tanam tauge di rumah.

Ini percubaan kali kedua.
Kali pertama tak berapa cantik..kemetot.
Tanam dalam kotak susu  je.

Kali kedua ini sebab tak puas hati kejadian yang pertama. Harap kali ini  tauge gemuk dan mantap .


Pastikan rendam biji kacang hijau semalaman. Segengam pun cukup dah.
Bagi dia kembang dan lembut baru pindah ke tapak semaian.

Kali ini saya letak dalam bakul plastik.
Lapik dengan tuala good morning.

Siram air 4 kali sehari atau lebih jurang setiap 4 jam. Tapi saya selalu lupa...time ingat tu terus siram bawah air paip.

 Tauge dah naik pada hari kedua.

Hasil tuaian hari kelima.
Boleh lah ..tak ada gemuk sangat.
Petua dia...kena tindih dengan benda berat di atas supaya tauge tak kurus.
Letak di tempat gelap.
Balut dengan plastik hitam letak bawah singki( saya buat yang tu). 

Saya tak letak pemberat . Petua itu  saya abaikan...lepas 3 hari baru letak lesung batu atasnya.

Patut la kurus tauge ku.



14 comments:

  1. Tanaman yang paling cepat dituai

    ReplyDelete
  2. ramai dah mencuba. nak cuba gak lah. sebab mmg suka taugeh pun.

    ReplyDelete
  3. pernah tgk ada buat guna botol mineral...x perlu tindih dgn benda berat...tapi mmg besar2 la hasil dia..rupanya mudah je nk tanam taugek ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jm singgah sini....hai jm lama blog akak sepi tanpa pelawat

      Delete
  4. mudah je kan kak. Dulu rajin tanam taugeh. Tengok entry akak ni rasa nak menanam taugeh pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah dan berbaloi..akak tanam bawah singki jer

      Delete
  5. Replies
    1. Hahah...Tepuk tangan laju2. Dah buat pecal semalam

      Delete
  6. Alhamdulillah..suka taugeh yg rangup...

    ReplyDelete
  7. eehe eksperiment time sek dlu2 buat ni..
    excited rekod taugeh membesar.. tapi makannye idok =P

    ReplyDelete