04 June 2025

Jepun

Assalamualaikum.

Salam dari Tokyo harapan nak melihat Fuji tahun ini.

Kami berangkat pda 31/5 - 6/6.
Nampak gaya beraya di atas awan lah  aidil adha tahun ini.
Pergi berlima bersama anak- anak dan mennatu .
Berlepas dari Penang- KLIA - Narita airport.
Transit 1 jam di KLIA terus  menuju ke pintu berlepas C 37  nun di hujung sana.



MAS  kali ini.

Penang - KLIA

Alhamdullillah sampai dah di Narita  Airport.
Rezeki  Allah beri untuk jejak kaki di bumi Sakura.

Sempat di snap  sementara nak ke imigresen.

Anak menantu.


Pintu keluar ke tempat beli tiket tran.

Beli tiket train sekejap.

Air coklat kegemaran.

KLIA ke Jepun dah masa ni.

Information penerbangan.


Tiket train ke hotel.

Hotel Sakura .
Kami menginap semlam di sini.
Kawasan yang aman damai di Nippori.


View pagi dari bilik kami.
Kami sampai dah malam di hotel.

Hotel ini bilik air di luar .
Disediakan bilik air berkongsi di tingkat empat dan bilik air tidak berkongsi di tingkat lima.
Kebersihan adalah tiptop 👍 sangat.

Kebanyakan tuan rumah menanam bunga dalam pasu- pasu keci begini .
Cantik pula tengok.

Taman permainan kanak- kanak berhadapan hotel.
Setiap taman ada jam besar diletakkan.
Nampk tak jam di sebalik pokok tu?

Minat sunggu tengok  pasu dengan pokok-pokok berdaun ni.


Lawa bunga pink tu.

Lorong ke Hotel Sakura.


Kucing siapa la tu?
Katanya patung kucing tu viral di Nippora ni.

Mesti ada tanaman di luar kediaman.

Mencari port menarik bergambar .
Sebelum berpindah hotel di hari kedua sempat bergambar di sekitarnya.
Tengoklah tiada kelibatan orang  pun.

Parking berbayar bagi tuan kereta .
Jadi orang  Jepun banyak menggunakan public transport untuk bergerak.


Checkout hari kedua.

Haaaa… jalan kaki ke hotel kedua APA Resort and hotel pula .
Kami menginap di sini sampai balik.
Kawasan ini  sibuk. Sikit berbanding di Nipporo.

Pemandangan waktu pagi  yang aman damai.



Nanti sambung lagi cerita seterusnya.
Just memories untuk dikenang suatu hari nanti.


5 comments: