27 October 2025

Cable Car Gunung Mat Chincang , Langkawi.

 Assalamualaikum.

Cerita Langkawi lagi.

Kunjungan ke Langkawi kali ini , kami sepakat tak nak naik cable car dah. Dengan alasan dah banyak kali naik bila stiap kali sampai Langkawi. Seorang lagi memang takut naik tempat tinggi , gayattttt. Kami berhajat nak bergambar saja di 3D muzium.  Hahahha…. bergambar la sangat.

Lutung ni banyak kat sini. Dah tak takut orang, orang yang takut kat dia pula.
Tapi….jinak-jinak .

Kami masih berbincang nak naik ke tak masa ni.
Dah depat kaunter ni😁.

Akhirnya…. Naik la juga.
Dah alang-alang sampai kan.
Bukan senang nak datang lagi, entah tahun bila pula.
Masa ni dah pukul 5 petang.

Cari pakej paling murah…RM 43.
Tapi sorang dapat harga warga emas , hahahha. 
Seronok dah rezeki.

Pemandangan laut dari atas .
Cantik , Subhanallah.



Bird nest lokasi baru untuk diterokai.
Kami tak ambil pakej ni… maklumlah pakej  paling murah.

Naik bertiga semasa naik .

Cantik sungguh.

Pelantar pertama.
Awan bertiup di belakang.
Terasa molekul  awan terkena muka .
Sejuk .

Laluan ke Eagle’s Nest.


Di kejauhan nampk lah telur burung dalam sarang.
Awan berkepul- kepul .
Sampai hajat nak tengok  awan karpet depan mata.

Akhirnya , tak sempat pun bergambar di 3 D muzium .

Bila turun , hari dah gelap . 

Kedai pun dah tutup dekat nak maghrib.

Walau  pun sekejap di atas nun… tapi rasa berbaloi.

Alhamdullillah.



No comments:

Post a Comment