Assalamualaikum.
Semalam hadir majlis graduasi anakanda saya, Ahmad Izzat Hakimi di UPSI pada 18/11/2025 untuk ijazah sarjana mudanya.
6 tahun dia di Upsi sejak berada dalam pengajiannya beemula dengan diploma.
Alhamdullillah akhirnya dia dapat menyelesaikan pengajian sehingga tamat.
Gembira dapt hadir bersama anak sulung merangkap pemandu maknya.
Kami menginap di hotel UPSI yang boleh berjalan kaki sahaja ke dewan majlis pada pagi tu.
Hati gembira bila anak berjaya sampai ke tahap ini. namun jauh di sudut hati jika arwah suami ada bersama tentu lagi bahagia melihat kejayaan anak- anak.
Kad undangan , dapat masuk berdua ke dalam dewan.
Pentas utama.
Kakak nak beli bunga untuk adiknya.
Selepas keluar dari dewan.
Dapat lukisan dengan abah… automatik keluar air mata.
Di sini juga Izzat bergambar dengan abahnya semasa me erima diploma.
Alfatihah untuk suami tercinta.
Kenangan bersama abah semasa menerima diploma di UPSI
beberapa tahun dulu.
Tahniah anak mak.
Semoga terus berjaya!
Alhamdullillah.
Dari tingkat 3 hotel UPSI kelihatan tetamu sampai.
Dari bilik kami no 317
Lobby
Ada jualan untuk para graduan.
Bilik kami.
Alhamdullillah .













No comments:
Post a Comment