Saya kongsikan cara nak buat visa ke Indonesia. Kalau sekadar nak pergi bercuti seminggu dua tak perlu buat visa, Ini kes jika kita berada di sana melebihi 30 hari......maka wajib buat . Satu lagi cara ialah tanpa visa , anda perlu pulang ke Malaysia bila tempoh hampir sebulan kemudian terbang semula ke sana.
Visa boleh di buat di Kedutaan Indonesia . Bagi yang berada di utara boleh ke Konsul Indonesia di Pulau Pinang.
Visa ini ialah untuk anak perempuan saya yang akan ke sana selama 6 minggu . Mula tu susah hati juga memandangkan kami di utara nak ke Kuala Lumpur dengan kekangan masa dan jarak amat merumitkan . Dengan tarikh exam yang semakin dekat dan jadual abahnya sibuk , penat mikir macam mana nak pergi.
Last sekali dapat tahu boleh buat di Pulau Pinang. Di sini visa hanya boleh diambil selepas sehari walaupun dalam google disebut empat hari. Sesiapa pun boleh ambilkan dengan membawa bukti resit bayaran.
Perlu dibawa bersama ke Kedutaan Indonesia ialah:
1. Passport asal dan salinannya
2. Gambar saiz passport berlatar putih ( tapi dalam info nak buat visa dia tulis any colour)
3. Surat tawaran ke sana.
4. Bayaran RM 205
Imej Google
Untuk ke Indonesia melebihi 30 hari kena buat visa.
Suasana semasa proses membuat visa sedang berjalan.
Masa menunggu tak terlalu lama. Namun terpaksa datang sekali lagi untuk mengambil paspot yang telah siap. Untuk mengambil paspot yang siap tuan badan tak perlu datang . Boleh diwakilkan sahaja tetapi perlu membawa resit bayaran.
Semoga dapat membantu bagi sesiapa yang ingin membuat visa terutama warga utara kerana terdapat Konsul Indonesia di Pulau Pinang yang dapat memudahkan urusan kita tanpa perlu ke Kedutaan Indonesia di ibu kota.
Alamat :
Konsulat Jenderal Republik Indonesia
467 , Jalan Burma , 10350 Geogetown , Pulau Pinang.

No comments:
Post a Comment