12 October 2026

Kunming to Dali

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Rombongan DIY anak - beranak  pada awal Sepetember berjalan lancar dan balik dengan selamat.

Pada awalnya , saya risau tentang penggunaan tandas di sana , tapi bila ada pengalaman sendiri semuanya 

dapat dilalui dengan aman....hahaha.

Yang penting mesti ada bidet  sendiri.

Jangan lupa bawa, sebab majoriti hotel juga tiada bidet kecuali Hotel M di Kunming . 

Kami repeat dua kali di sini. Malam memula sampai dan malam patah balik dari Shangri La.

Turun hotel dah sampai tempat shooping . Kedai Anta sport shoes pun bawah hotel. 

Sangat best lokasi dekat dengan Nanping street (  halal food) , Uniqlo, kedai cenderahati , dan macam- macam  ada berdekatan .

Mercu tanda di Kunming.


Dari lobby Hotel M , Kunming

Mesti hidup dah lama.
Kaktus merata-rata di Yunnan.
Lobby Hotel M di tingkat 5.

Susah hati betul nak masak air.
Rupanya senang ja , 
Letakkan botol mineral  dalam lubang secara terbalik.
Tekan temperature yang dikenhendaki dan terus boleh tekan tombol  berwarna emas ditepi .
Siap! 
Air pun panas dalam 2 saat.

Comel Panda di situ.

Mixue



Laluan kami ke Napping Street dari hotel.

Shopping dan cuci mata yang lebih.
Hujan hari ni.

Dekat ja dengan hotel. Kami jalan kaki  ronda di Kunming ni.

Kedai Roti.

Jalan2

Transformers 

Hujan .
Kereta tak berbunyi.
Elektrik car.

Kedai halal food di Nanping Street.

Kenderaan utana.

Nasi goreng …sedap.


Makcik2 ni dah viral.

Masjid.
Sisi depan.


Bahagian solat wanita.

Hiasan di syiling .



Sisi dari bahian solat wanita.

Anta bawah hotel kami ja.
Sebenanya pintu masuk Hotel
M tersorok di tepi kiri .
Memula sampai tak nampak , jenuh cari.



Cari makan.

Kunming  ke Dali naik train.
Kami naik DD ke stesyen dari Hotel M.
DD premium saiz besar macam velfire tapi tak boleh naik berenam sekeluarga.
Kekangan beg yang banyak terpaksa ambil 2 kereta.
Tapi harga tak mahal.

Road to Dali dengan kereta api
Berpindah 
randah kami setiap pagi naik train untuk ke next destination.

Dah sampai Dali.
Di stesyen kereta api Dali menunggu DD ke hotel .

Hotel di Dali.

Pemandangan dari hotel di Dali


Selesa.
Tuala mandi tebal  dan bersih.


Tingkap hotel di Dali rata-ratanya bercermin besar .
Puas tengok pandangan.




09 October 2026

Kuala Mu

 Asslaamualaikum  warga blog.

Makin lama makin M nak menulis di blog.

Tapi mari lah ….


Gegirls

Program famili SKBJ dirancang untuk ke Kuala Mu 2 hari 1 malam.



Boss kami kalau seboleh boleh nak berkumpul di situ sebelum habis  tempoh ( nak pencen dah tahun depn) .

Jadinya anak buah pun menurut perintah.

Pertengahan September kami pun bertolak ke Sungai Siput.

Dari SKBJ dalam 3 jam juga nak sampai ke sana.

Geng makcik pakcik naik van…  saya  la tu dgn boss dan family dia bertiga.

Ahli SKBJ


Dalam perjalanan ke sana , kami singgah makan dulu di Kuala Kangsar.  Merangkap makan tengah hari terus takut kat atas nun… susah nak makan. 


Bakar2 

Air sungai sejuk macam ais.
Sedapnya menyelam.

Ikan tengas boleh tangkap dari tepi bilik…
Ikan yang hidup di hulu sungai.

Boleh nampak ikan  dari atas chalet kami.

Bestnya .

Aktiviti kami makan makan ja sambil mandi sungai. Enjoy betul la sampai lupa makan bila dapat berendam.

Sukaneka 

Chalet  dengan 3 tilam bantal selimut setiap satu dengan sewa rm80 semalam. 

Chalet kami no 12 dekat dengan tandas  di luar .
Depan chalet disediakan paip juga .
Alhamdullillah dekat nak ke dewan makan juga.





28 August 2026

Jom Yunnan

 Assalamualaikum .

Bersiaran dari Negara China .

Memulakan  percutian  bersama anak-anak ke Yunnan , China.

Kami berempat transit di Ghuangzhoa.

Alai dan suaminya  transit di Shenzen gara- gara booking tiket lambat. Nak cari tiket yang murah cari alternatif lain.




Flight petang dari Penang transit di Ghuangzhou.

Touch down dalam pukul 11 malam kami bergerak ke hotel yang ditempah di Ghuangzhou untuk sekejap .

Tidur 2,3 jam  sahaja , esoknya ke Baiyun Airpot semula utk penerbangan domestik ke Kunming pagi2.


Subuh  dah sampai di sini.



Nantikan cerita kami  explire empat daerah di Yunnan.












21 June 2026

Nasi Lemak Burung Hantu , Penang

 Asslaamualaikum.

Hujung minggu lepas , kami ke Pulau Pinang JJCM .

Anak-anak pilih nak makan  Nasi Lemak Burung Hantu.

Cawangan Nasi Lemak Burung Hantu (NLBH) di Pulau Pinang terletak di daerah George Town. [1]
  • Alamat: 2 & 4, Lebuh Chulia (berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai).
  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari pukul 7:00 pagi hingga lewat malam.

Ini kali kedua mencuba NLBH , pertama kali dulu di KL order  grab ke bilik hotel  malas keluar.

Di rumah masa tu bekalan air terputus … sekejap ada sekejap tak ada. Kami pun cari alasan keluar  dan masa balik nak berhenti mandi di mana- mana tempt sesuai…. haa gitu.


Keluar pun dah petang,  jadi sampai  Penang  dah gelap.


Balai Bomba

Nasi Lemak Burung Hantu.

Rasa dia sedap ... nasi lemak dia lembut .
Saya pilih menu nasi lemak udang...tapi undang diberi percuma sebabnya dah last katanya.
Dapatlah 4 ekor udang besar-besar.

Berlima

Bergerak ke kereta , kami berhenti bergambar di laluan yang dihias cantik dengan lampu.




Georgetown World Heritage .

Kenyang perut suka hati.









Memori ini adalah foto kenangan yang  akan ditinggalkan buat keluarga.


















07 June 2026

Oren Cafe Satun.

 Assaalamualaikum.

Kalau berada di Satun , jangan lupa singgah di Oren Cafe .

Sebenarnya  kami tak nak singgah memandangkan hari dah petang  sangat.

Namun pemandu kami sangatlah baik , walau pun katanya Oren Cafe tak dimasukkan dan intenari.

Kalau boleh semua tempat dia nak bawa...


Pakarang Hotel PakBara.
Bermalam pada malam pertama di Thailand.
Hotel biasa-biasa saja,
Egen yang booking , bayaran termasuk pengangkutan .



Hari tu , dia bawa ke kampung-kampung , tunjukkan pasar pagi Langu walaupun masa tu dah tutup.

Saya memang suka singgah pasar macam ni. Barang jualan murah-murah .

Saya terbeli teli pinggang untuk anak lelaki yang tak ikut sorang satu.

Walau pun tak dapat singgah Pasar Langu , dia gantikan pasar sehari di kawasan berdekatan .

Seronoknya membeli bersama orang tempatan.

The orange Cafe


Oren Cafe yang banyak tempat OOTD , surau,  tandas yang bersih dan meja yang banyak.

kita juga boleh makan dan minum di pondok-pondok berhadapan kolam ikan yang luas.


Orang baik yang tolong ambilkan gambar kami.
Group konvoi .
Terima kasih.

Kreatif,

Tempat wuduk disediakan ,  khas untuk lelaki dan perempuan .

Surau 

Ukiran dari kayu.



Estetik.



Pilihan. kek


Jagung kering dijadikan hiasan.

Pelbagai menu .


minuman berasaskan limau.
Mix oren dan kopi pun sedap.



Lampu bergelapan.




Kami tinggalkan Oren Cafe dengan rasa puas .