Assslamualaikum.
Kita blogkan di sini semoga menjadi kenangan untuk masa depan.
Kami ke Surabaya mengikut
rombongan pejabat anak ...mak pun nak mengikut sekali.
Cuti sempena Keputeraan Sultan Perak pada 1 November yang lalu.
Lokasi lawatan kami Surabaya - Malang -Batu kemudian ke Surabaya semula untuk berlepas pulang dari airport Juanda .
Kami melalui kawan rumah - rumah besar yang menjadi kediaman orang kaya Surabaya.
Dalam perjalanan dari Malang ke Batu kami melewati rumah Kris Dayanti.
Kata si Ady pemandu pelancong , beliau yang membawa rombongan keluarga Siti NurHaliza ke Surabaya dahulu dan berkunjung ke rumah Kris Dayanti di sini.
Pasar Besar Batu.
Ramainya orang membeli belah.Kalau say pergi sendiri , pasti akan berhenti di sini melihat apa yang menariknya barang jualan orang Surabaya.
Musim avacado
Menyenget bas buat pusingan U .Kami yang berada di sebelah kiri ni macam nak tetbalik pulak.
Nun ...nampak rumah2 di bawah.
Pintu utama ke Coban Rondo
Air terjun tapi tak boleh mandi.Sekadar bergambar sahaja.
Sama seperti air di Padang yang tepi jalan tu, Lembah Anai.
Sebelum ke tempat ladang epal dengan van kami di bawa menyoping
jajan di sini dulu.
Di sini ada dijual kerepek epel, kerepek nangka , kekacang, kek lapis epal, batik dan macam2 cenderahati.
Niat hati nak membeli sikit je.
Sikit-sikit pun puluhan ringgit juga yang perlu dibayar.
Di sini tempat menyoping kerepek.
Dari sini baru kami di bawa dengan van ke ladang epal .
Epal yang boleh dipetik dan di makan tanpa had ....percuma .
Tapi andai dibawa keluar dari ladang ..haha perlu dibayar mengikut beratnya.
Epal hijau boleh dimakan dengan gratis di ladang.
Manis- manis buah.
Tak lah manis sangat.
Saiz yang kecil
Disulam dengan buah tomato di bawah tanaman epal.
Selwsai di ladang epal, kami di bawa ke tempat makan .
Warung Buk sri.
Enak sekali bila perut kelaparan
Warung Buk Sri.
Makanan yang antara yang sedap dalam 3 ahri 2 malam kami di Surabaya.
Tempatnya bersih dan cantik.
Tetamu pun ramai.
Tapi meja kami dah disiapkan terlebih dahulu jadi atk perlu menunggu lama untul makan.
Teh jasmine, wajib semasa makan.
Ikan goreng mentega.
Rangup.
Selwpas maoan kami di bawa ke Surabaya.
Melalui kawan padi yang bertingkat2 .
Nun dikejauhan Gunung Arjuna disebalik awan.
Gunung berapi aktif lagi.
Arjuna.
Berhenti kereta api nak lalu.
Sibuk
Tak lupa kalu ke Indonesia, kek cheese ini akan dicari .Ada dijual di Indo Mart.
Kerepek untuk buah tangan.
Pengalaman kedua ke Surabaya lebih 7 tahun dahulu.
Kini Surabaya adalah bandar yang bersih dan cantik.
Ada banyak taman yang tersedia dengan wifi percuma untuk rakyatnya.
Bila malam minggu taman2 ini menjadi tumpuan rakyat jelata.
Namun , jangan berbuat tidak senonoh di situ sebab ada kamera tersembunyi yang memerhati.
No comments:
Post a Comment