01 May 2020

Puding Jagung

Assalamualaikum

Dek kerana sekarang bulan puasa jadi banyak la resepi akan disimpan di sini.

Ini resepi Puding Jagung .


Campurkan semua bahan siap dan kacau supaya tidak bergentel.
Bila dah sebati baru naikkan di atas api.
Kacau sehingga meletup-letup macam lava gunung berapi.
Maknanya puding dah masak.
Bila dah masak baru masukkan ke dalam acuan atau bekas.
Boleh dimakan sejuk.
Nyaman.

Ini untuk jiran tetangga.
Letak sesiap dalam bekas sebab 
kejadiannya lembut bernyut-nyut.
Nanti tak cantik pula kalau dipotong.

Resepinya.
1 cawan jagung manis (saya guna yang tin saja) 
1 cawan tepung kastad
1  1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
4  1/2 cawan santan atau susu cair
Sedikit garam.

Selamat mencuba.
Senang jer ...garenti jadi.




5 comments:

  1. Sedapnya...dibayangkan...tak buat2 lagi puding jagung sepanjang ramadhan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena kurangkan gula bagi yg tak suka manis.
      Mesti cuba dessert ni.
      Senang sangat.

      Delete
  2. terbayang butiran jagung dalam puding tu bila dah jadi. hehe

    ReplyDelete
  3. boleh masuk list bulan puasa nih :)

    ReplyDelete