26 October 2010

Sarawak

Percutian ke Sarawak pada cuti pertengahan tahun dulu melengkapkan jelajah satu Malaysia. Alhamdullah, Sarawak negeri terakhir aku sampai. Maksudnya ,semua negeri aku dah sampai.Tapi ke bandar-bandar utamanyalah sahaja. Kalau ikutkan masih banyak bandar-bandar lain yang aku belum sampai.

Kami sampai dah magrib di Kuching. Elok nak tunggu bag keluar, bas yg akan bawa kami ke Hotel dan sebagainya tentulah mengambil masa. Sebelum ke Hotel kami di bawa untuk makan malam dulu di restoren yang Taukenya dari Penang.Setelah makan-makan kami pun terus ke hotel. Tidur. Pagi esoknya kami akan ke Serikin untuk membeli belah.Seronoknya ke Pasar Minggu Serikin.Orang punya lah ramai , especially dari Semenanjung.Anak aku ada terjumpa dengan kawannya budak seasrama. Kecilnya dunia boleh terjumpa di sana. Di sini semua ada pinggang mangkuk, barangan kaca, ikan kering ,udang kering, dan keluarganyalah semua ada. Tikar Sarawak, baju, kain lace dan segalanya . Bas-bas pelancong berpuluh-puluh buah .Selain kereta yang beratus-ratus buah.

Pandai masyarakat di situ yang mengambil kesempatan dalam bidang ekonomi. Mereka menyediakan tandas di rumah masing - masing mengikut bintang 3,4 dan 5. Yang 5 tu paling klas lah.Bersih dan elok berbanding yang 3 bintang.

Asalnya mengikut pemandu pelancong kami, tempat parking kenderaan itu adalah kebun getah. Dari tidak mendapat hasil dengan getah, tuan punya kebun telah menebang dan dibuka untuk tempat parking pula. Rasanya ia memang berbaloi berdasarkan jumlah bas dan kereta yang ada. Ini adalah aktiviti hari pertama kami di Sarawak.Macam Pasar Minggu di tempat kitalah juga tapi bezanya ramai pelancong dari luar datang  beramai-ramai.

Macam mana nak masuk gambar ni ada errorlah pula. Tunggu punya tunggu gambar  tak boleh masuk pula. Frust betul. Nantilah lain kali aku masukkan gambar dan cerita hari kedua pula.

No comments:

Post a Comment