03 November 2010

Alamak!


Murid Tahun 6 mengisi masa mereka di PSS selepas UPSR.

Terkejut betul tadi, tak sangka. En. Damiat dari PKG Selama datang sekolah untuk melihat Pusat Sumber.
Tarikh pemantauan dah lepas. Bahkan dah tiga kali tarikh pemantauan dibuat tapi tak jadi pun. Hari ini , memang sibuk .Asyik sangat nak siapkan minit mesyuarat  PIBG dan surat jemputan untuk Korban nanti sampai tak dan naik naik PSS .Naik juga tapi tak dan nak berlama-lama kat situ.



Murid murid sedang membaca 10 minit sebelum kelas bermula setiap pagi.


 Patut lah dari malam tadi dok ingat nak kerah budak Tahun 6 kemaskan PSS tu tapi tak jadi sebabkan mereka kena ada di padang.


Buku skrap yang dihasilkan oleh murid-murid.

Nasib-nasib. Tapi alhamdulillah .En.Damiat kata ok.Malah dia kata kira baik lah bagi seorang GPM yang baru. Baru mula tahun ni.Syukur.

No comments:

Post a Comment