11 November 2010

Jakarta, Bandung , Bogor, Puncak .

Masa ni si kecik tu baru setahun lebih.  Ini adalah perjalanan pertama ke luar negara. Yang mampu pun naik Air Asialah, tapi sempit mengalahkan bas express.  Perjalanan mengambil masa selama dua jam dari LCCT ke Jakarta. Bertolak 9.30 malam ,  time si kecik tidurlah. Sejam pertama ok. Siap menegur dengan orang yang sama-sama beratur nak naik fligt sekali. Tapi , masuk jam kedua, dia dah mula gelisah dan start menangis. Satu kapal terbang boleh dengar. Tak boleh pujuk-pujuk dah .Menangis sampai dekat -dekat kapal terbang nak mendarat, terus terena dalam sedu-sedannya. Lepas tu, bila nak naik kapal terbang mak dia dah jadi fobia. Takut anak menangis tahap gaban macam tu lagi. Mungkin dia letih dan penat travel dari Selama terus ke LCCT . Dalam kereta pun tak berapa tidur juga.

Masa ni ok lagi.

Pagi Pertama di Hotel Sriwijaya.

Setelah mendarat bas dah  menunggu untuk mengambil kami ke hotel. Sebelum sampai di hotel kami singgah dulu makan malam di sebuah  kedai masakan padang. Lauknya penuh satu meja. Jam dah pukul 12 malam . Tapi perut lapar sebab tak sempat makan dari petang. Hotel ni menyediakan sarapan pagi yang dikira ok juga. Ada roti , cereal, nasi goreng , air oren, kopi, teh dan buah-buahan pun ada. Isi perut penuh - penuh . Lepas ni nak ke Bogor pula.

 Berhampiran hotel ini , terletak  masjid yang terbesar di Indonesia  yang boleh memuatkan 10,000 jemaah dalam satu masa. Mempunyai 10 buah tingkat  kesemuanya. Ruang solat terbuka tanpa menggunakan kipas angin dan ia tidak dipisahkan antara muslimin dan muslimat . Sama juga tandas dan tempat berwuduk. Aku terpaksa melintas  tempat kencing lelaki yang terbuka (yang pakai mangkuk tu) untuk ke tandas / bilik air . Wah,  ngeri gitu. Baunya juga semerbak menusuk hidung. Pada masa itu juga ada lelaki yang sedang melepaskan hajatnya.  Aku  terpaksa lalu juga  untuk memandikan si kecik.


Istana Presiden Indonesia. Dua pengawal mengawal di pintul pagar kediaman  ini. Memakai topi macam topi 
askar England.  Memegang sepucuk senapang, berdiri tegak  macam patung gitu di kiri dan kanan pintu  masuk utama.


Makan tengah hari di restoren Padang lagi.

Kali ini makan besar, siap dengan ada penyanyi menghiburkan kami semasa bersantap.Air buah-buahan, udang besar, pencuci mulut (agar-agar gula merah campur santan), buah mangga segar, lauk yang tip top.


Di sana , memang wajib hidangan nasi bersama air teh O gelas besar kurang manis. Semua kedai memang begitu. Last-last , kena bayar dekat RM 700 . Tak tahu dah terkena ke apa. Ini kedai yang paling mahal kami makan.  Yang makan tu dalam 25 orang termasuk kanak-kanak dari 3, 4 keluarga.

Naik keretapi di Safari Indonesia.

Safari Indonesia ini yang bestnya , pelawat  boleh memandu  terus ke dalam untuk melihat binatang yang tidak dikurung. Biatang itu bebas berkeliaran seperi harimau, singa , zirafah, unta ,llama, badak , babi hutan,gajah, macam-macam lagilah .Semua hidup bebas.Kita boleh melihat dengan dekat dari dalam kenderaan kita. Seronok kan. Selain itu , aad disediakan , kereta kabel,  pertunjukan gajah cerdik, bergambar dengan kuda, cafe dan kedai cenderamata.

Safari Indonesia -  Bergambar dengan Kuda Padi



Taman Mini Indonesia

Ala-ala Taman Mini Melaka yang menempatkan rumah-rumah mengikut negeri. Di sini juga mempunyai rumah mengikut masyarakatnya.Tetapi ia dibina besar-besar.Mungkinkah memeng begitu sebenarnya? Cuba lihat rumah di belakang kami itu , besarkan.

Tunggu akhir bulan ini , sekali lagi aku akan ke sana lagi. Kali ini , lebih banyak foto akan diambil.Insyaallah.

1 comment:

  1. nieda...view your tour to puncak and bandung there is a nice place and coll...
    tapi x kira sape mesti ambil gambar kat tangkuban perahu tu...a nice trip

    ReplyDelete