Alahai, baru nak masukkan entry ke Sabah tahun lepas. Tapi baru perasan gambar semua dah delete. Maklumlah masa tu tak ada lagi blog sendiri lagi. Jadi lepas htr kedai buang aja lah. Bukan gambar ke Sabah saja, tapi semua gambar yang dah diambil tapi rasa tak mahu cuci semua kena buang. Takut menyemakkan memory kamera tu. Tapi bila dah ada blog ni sayang pulak. Kalau tak, boleh masukkan banyak lagi gambar dan ceritanya.
Macam gambar binatang kat Safari Indonesia, kalau tak dibuangDulu rasa gambar haiwan-haiwan tu macam tak komersial aja . sebab tu kena buang. Sekarang baru menyesal. Lain kali kena simpan dalam pen drive. Kalau tak boleh juga di gunakan kemudian.
Muzium Negara ,KL.
Walaupun banyak yang hendak diceritakan tentang perjalanan ke Sabah, tapi tak syok la pulak sebab tak ada gambar. Jadi layan jer gamabar rombongan sekolah ke KL ni ya.
Muzium Polis
Oleh itu, aku nak masuk kan entry yang ada gambarlah.Lawatan ke Kuala Lumpur. Ikut rombongan sekolah memang berbaloilah. Sebab biasanya , harga nak masuk ke satu-satu tempat mesti dapat potongan. Kalau nak harap pergi sendiri tak tahulah bila ? Kadang-kadang tak dapat nak pergi sebab kesuntukan masa. Selalu kalau kami pergi KL, terus ke Melaka, rumah adik sebelah suami. Kat KL jalan rumah adik-beradik ja.Nak kata nak melawat Muzium ke, Planeterium ke, Zoo ke, tak nampak jalan lagilah. Jalan -jalan untuk dapatkan ilmu kena pergi dengan rombongan sekolah. Kalau dengan suami dan anak -beranak jalan "ala-ala cari makan".
Pusat Sains
Banyak lagi tempat lawatannya, antaranya Planeterium, Masjid Negara (terus makan dan bersolat), Pusat Sains Negara, Taman Burung, dan Pusat Islam.
Lawatan sehari ini kira ok lah sebab banyak juga tempat yang kami sampai.
Sampai kat sekolah ibu bapa dah tunggu. Sampai kat rumah rasa-rasanya dekat pukul 11 malam. Cikgunya suami tungggu. Kalau tak takut nak balik rumah.
No comments:
Post a Comment