Ini gambar semasa nak ke Sarawak pada cuti bulan 6 , 2010 .Sebelum bertolak ke airport sempat berposing.
Gambar ini aialah di Pasar Serikin , ala-ala Pasar minggu di Semenanjung atau pun Pasar Minggu di Sungai Bayor yang sentiasa meriah. Kat sini kita boleh membeli berbagai barang, pinggan mangkuk , tikar Sarawak, kain baju, kain lace, jeans pelbagai jenama, payung, topi, cermin mata, ikan , sotong dan udang kering dan macam-macam lagi. Aku singgah di gerai ini untuk membeli sotong dan udang kering . Sedap masak nasi goreng kampung.Murah dan masih baru lagi. Kebanyakkan barangannya datang dari Indonesia. Kalau kita berjalan sehingga ke hujungnya kelihatan beberapa anggota tentera yang menjaga border untuk masuk ke sempadan Indonesia. Di hujung pasar itu juga terdapat pasar basah yang menjual sayur dan tanaman yang tak pernah kita lihat. Tapi tak boleh beli sebab nak balik nanti naik belon.
Di Tasik Biru yang menelan sebuah bas dengan murid-murid sekolah.
Cuba bayangkan kedalaman air tasik ini.
Anak-anak dan bapa di Tasik Biru.
Di tepi Sungai Sarawak.
Kelihatan bangunan itu seperti topi masyarakat Sarawak. Tak tahu suku apa.
Di hadapan Muzium Sarawak.
Itu antara gambar semasa di Sarawak. Gambar-gambar lawatan yang lain nanti akan dimasukkan kemudian.
Sesungguhnya percutian akan menjadikan jiwa gembira setelah penat bekerja. Cuti-cuti Malaysia.
No comments:
Post a Comment