20 November 2010

Tukar gambar.Salam

Salam untuk semua.
Petang tadi pergi ambil gambar si Kecik untuk pasport antarabangsanya. Hari itu dah buat dah, tapi konfiuslah pulak gambar tu gambar tahun lepas. Takut la juga nanti tak lepas pemeriksaan imigresen pula. Nanti tak pasal-pasal kena tinggal  kapal terbang .

Sebenarnya dah banyak kali pergi kedai nak ambil gambar dia, tapi tak jadi sebab dia punyalah menangis tak makan saman dah. Bukan sebuah kedai yang kami pergi , 2,3 buah kedai juga kami masuk. Gamaknya , dia  ingat nak gunting rambut kut. Kalau nak gunting rambut , sampai kena naik atas kerusi dengan dia sekalilah jawabnya. Dua orang pegang baru boleh gunting rambut dia.


 Umpan coklat pun tak jalan. Tapi , hari ini , alhamdullillah .Gambarnya berjaya diambil.  Lega.


Gambar ini yang baru di ambil petang tadi. Tak menangis ,dah boleh tersenyum lagi. Ok lah kalau pose macam ni . Kalu tak,  masuk kedai pun dah berbunyi. Rahsianya ialah hari ini  kami bacakan ayat seribu dinar sambil berdoa segala dipermudahkan olehNya.



                                                      
Ini gambar  yang diambil tahun lepas bagi pasport antarabangsanya. Tahun lepas boleh buat ramai ramai-ramai (in group) . Harganya murah bolehkongsi ramai-ramai. Tahun ni dah tak boleh . Jadi untuk budak besar ini  untuk pasport selama lima tahun harganya RM 150  . Orang dewasa RM 300 selama 5 tahun.

Esok nak pergi tukar gambar untuk pasportnya. Minggu depan makan angin pulak .
Insyaallah.
Post a Comment