Hari ini baru boleh tulis panjang sikit. Semalam baru masukkan gambar percutian . Ini adalah kali kedua aku ke sana .Bezanya pada tahun lepas aku pergi satu keluarga bersama mertua dan bonda aku sendiri. Kali ini aku hanya membawa anak kecilku sahaja.
Tiba di rumah lebih kurang 8.15 pagi dari LCCT . Letih dan penat baru nak hilang.
Ini adalah rombongan ke Indonesia yg merangkumi Jakarta, Bogor, Puncak dan Bandung. Percutian ini bermla dari 29/11/2010-4/12/2010. Kami bertolak pada malam (lepas Maghrib) 29hb Dis yang lalu ke LCCT. K/ terbang bertolak pada jam 7.30 pg, w/pun di tiket jam 7.00 pg bertolak. Ini disebabkan kesesakkan trafik udara . K/terbang naik dan turun byk. Mmg kaya tauke Air Asia. Masa balik pun sama. Ada yang baru nak naik kapal ,ada yg baru tiba dari berbagai destinasi.
Masa ni baru tiba di Jakarta.
Pertukar duit RM ke Rupiah menguntungkan kita. Lagi pun barang di sini byk yg menarik dan murah .Beg tangan dan kasut kulit boleh kita dapat dgn harga bawah RM 100. Itu yg buat aku nak pergi lagi.
Hotel N1, Jakarta
Ini adalah hotel pertama kami bermalam. Selama kami di sana ,setiap malam akan menginap di hotel yang berbeza kerana jarak yang jauh dengan tempat yg dilawati yg mengambil masa 1 ke 2 jam perjalanan.
Hotel ini ada unsur mistik sikit. Masa kami chek in, anak kecil aku tak mahu masuk bilik. Masuk saja ke bilik menangis. Akhir sekali terpaksa tukar bilik lain . Baru aman lepas tu. Mengikut pekerjanya mmg tingkat bagi bilik tu" keras" sikit.
Makan tengahari masakan Padang.
Kenderaan terpaksa berhenti untuk memberi laluan kepada bas kami menukar arah haluan. Walau pun keadaan sangat sibuk tapi pemandu di sana cool aja. Ini gambar di Tanah Abang. Kami nak membeli belah di Komplek Tanah Abang, terpaksa berpusing balik ke sana kerana tiada tmpt parking. Untuk parking kena bagi beberapa helai Rupiah kepada pengawal di situ, kalau tak susah sikit.
Peniaga di sini menutup kedai pada pkl 5 petang. Jadi kami tak punya byk masa bershopping di sini. Aku sempat membeli 3 helai bermuda dan sehelai t-shirt untuk si kecikku. Kiri kanan kedai dah mula berkemas , kami tak jadi membeli . Setakat mencuci mata saja.
Entry ini akan bersambung lagi nanti.
di bandung..pakaian yg trendy kalau nak beli gi kat rumah mode..harga pun ok..:)
ReplyDelete