Assalamualaikum.
Bercuti ke Terengganu bersama anak-anak.
Bergerak dalam 2 buah kereta menuju ke sana berziarah keluarga sebelah mak . Sepupu dan mak saudara yang masih ada.
Jalan-jalan sambil cari makan sedap terutama nasi dagang di Gong Nangka, Marang.
Kami bertolak pukul 8 pagi dari rumah .
Melalui jalan Sumpitan - Gerik - jeli -Bukit Bunga - Terengganu.
Driver bertukar ganti antara anak-anak dalam dua kereta.
Kami semua bertujuh dengan niat kembara merapatkan silatulrahim Perak dan Terengganu.
Gunung Reng.
Pulau Kekabu .
Menjadi tumpuan orang mencadat sotong bulan Mei.
Zaman kecil dulu pagi-pagi berjalan kaki mandi laut dari Kampung Paya ke laut Marang.
Kalau ke Marang wajib singgah pasarnya.
beli keropok kering, gula kabung , buah salak madu yang manis dan rempah ratus nasi dagang .
Keropok kering yang murah berbanding beli di bandar KT.
Ziarah sepupu mak di Manir, Cik Zaidah.
Selesa cukup dengan mesin basuh dan dryer.
3 bilik tidur semua beraircond.
Tak jemu ke Terengganu.
Semoga ada rezeki lagi di lain kali.
No comments:
Post a Comment