30 January 2011

MACAM MACAM NAK MAKAN

Banyaknya resepi yang berada di dalam fikiran ni. Macam-macam nak makan. Saya teringin nak makan kek lapis prun. Prun pun dah beli. Tunggu masa yag sesuai nak buat. Kadang -kadang ikut mood. Kalau tengah rajin dua resepi boleh jadi dalam sehari. Macam hari tu, mula-mula buat donat , tapi donat lambat pula  naik . Masak pula puding karemel. Aisey , akhirnya donat makan sarapan pagi esok nun.

Tapi , bila masak-masak ni , time anak-anak ada semua baru best (2 orang anak tinggal di asrama). Tunggu cuti panjang baru mereka balik.




Kali pertama makan, masa pergi Bandung hujung tahun lepas. Tapi  prunnya kat  lapisan atas saja.

Saya suka nak buat sendiri, sebab memasak ni macam bereksperimen . Kadang jadi kadang tidak. Tapi kalau kita masak menjadi tu, seronok Tuhan saja yang tahu. Agaknya , macam orang memancing kut. Time mata kail kena tarik dengan ikan  tu , time tu yang syok habis.

Saya juga teringin nak buat kek pisang bercampur kekacang macam hazelnut, dan badam . Saya makan  dua minggu lepas masa birthday kawan kat sekolah. Sedap.



Saya juga teringin nak buat pancake. Sebabnya saya tak pernah buat pancake . Tengok orang punya cantik dan gebuss membuatkan hati meronta-ronta nak cuba sendiri.




Aik , pancake pun jadi isu....

Harap pancake saya nanti menjadi macam ni...

Post a Comment