31 January 2011

LUAHAN HATI SEORANG GURU

Saya guru kelas Tahun 1 pada tahun ini. Tugas guru kelas biasalah sentiasa berurusan dengan ibu bapa murid-murid dibawah jagaannya. Awal tahun tugas guru kelas kutip yuran, lengkapkan maklumat murid , lengkapkan segala borang, kad 001, kad kesihatan , kad gigi, borang KWAMP, dan borang RMT .

N3 hari ni nak bercakap tentang yuran sekolah bagi murid-murid yang baru masuk ni. Semua murid  kelas Tahun1dah habis bayar  kecuali sorang ni saja. Hari pertama pendaftaran maknya datang.Ingat datang nak bayar yuran, rupanya datang nak minta pospon bayar yuran. Oklah saya faham , anda kerja kecik, gaji kecik. Dan... dia tak bayar walaupun sedikit untuk anaknya nak bersekolah tapi berjanji nak bayar minggu kedua persekolahan setelah terima gaji .Berjanji tu.

Selang tiga hari, datang pula si ayah nak bayar duit buku tulis dan Takaful. Saya dah bagi tahu jika tak bayar yuran, buku pun tak dapat atas arahan GB. Memang dia  hanya bayar RM 17++ dan Takaful RM 1.50 saja. Sehingga hari , tak berbayar lagi dalam baki RM 80 lebih.

Terfikir juga saya, kenapalah nak tunggu bulan tu anak nak sekolah,  gaji bulan tulah nak bayar yuran.Kenapa tak kumpul sikit-sikit. Awak bukan ada anak ramai 3 orang saja. Berbanding seorang lagi bapa yang ada anak enam tapi mampu bayar yuran untuk anak-anaknya. Kerja tempat sama. Rumah pun dalam  kawasan sama. Tapi parent ni dapat jelaskan yuran anaknya yang ramai tu.

Kalau berselisih kat luar pun macam tak nak jumpa. Tak boleh ke cakap elok2 tak boleh bayar lagi ke apa.Pandai tabur janji tapi tak tepati.

Terfikir juga , nak tolong bayarkan ke? Tapi tahun lepas, budak ni  yuran tertunggak  semasa di kelas Prasekolah. Itu pun, bayar RM 50 semasa hari Anugerah akhir tahun..Baki selebihnya tak selesai juga. Cuba bayangkan dekat nak tutup sekolah baru nak bayar. Macam mana pula makan-minum anak tu semasa dalam pra sepanjang tahun tu. .Ada ko kisah. Ada ko ingat.

Kalau macam ni punya perangai tak tahulah. Benda lain boleh beli. Hal sekolah anak tak ambil berat. Kalau cikgu yang tolong bayar, tahun depan cikgu Tahun 2 pula yang bayarkan.  Manja dan mua. Tak habis habis mengharap subsidi orang lain.

Maaf malam ni , nak luahkan perasaan terbuku dengan sikap ibu bapa yang lepas tangan.

4 comments:

  1. Salam Nieda, serabut nampak? Ni problem betul ke ni atau sesaja buat citer? Tapi mmg betul ada ibubapa tak tau priority. Kat rumah punya besar TV dan ada Astro-metro, set kusi meja ngalahkan artis tp hal sekolah anak main amik ringan. Penting ke ada Astro? Akak takder Astro, tak mati pun!

    ReplyDelete
  2. salam nieda...mmg byk parent cm nie..tak tau mana yg penting dulu n x tau cm ne nak wt perancagan kewangan family...n akk moh kembara ..sya pun x mati wlpn x der astro..:P

    ReplyDelete
  3. Sally & Kak halima: Ini citer betul bukan buat2 pula ya. Guru sedang memendam rasa.Jgn anaknya menjadi mangsa.

    ReplyDelete
  4. Nilah padahnya bila ibubapa tidak beringat. Menyekolahkan anak2 tanggungjawab ibubapa. Bukan tu je, membayar yuran juga tanggungjawab ibubapa. Pandai beranak pandailah tanggung anak2. Kerajaan dah tolong banyak pasal nak kurangkan beban ibubapa dalam hal pendidikan tapi bila ibubapa sendiri yang tak beringat.... susahlah.

    ReplyDelete