Malam ni , dapat berita dari jiran di kampung. Anak sedaraku jatuh motor. Selalunya , kalau ada apa-apa hal jiran ni dia terus telepon mak aku. Budak ni baru 13 tahun. Nasib baik tak patah ke apa. Cuma luka-luka sikit. Helmet pun tak pakai.
Mak pula tak boleh terkejut. Jadi aku bagi tahu suami suruh pergi tengok kat hospital senyap-senyap.Patutlah mak rasa nak balik saja dr KL. Baru sampai rumah petang semalam. Rupa-rupanya ada kes. Selalu macam ni , ada petanda kalau apa2 nak jadi. Nalurinya kuat.
Masa jatuh tu, antara pukul 8-9 malam. Maknya suruh pegi beli topup. Kedai tu tak jauh dri rumah. Ayahnya tak ada di rumah, balik kampung di Kedah. Line telepon rosak selepas satu kebakaran kedai di Pekan SB tahun lepas. Jadi orang kampung kat situ terpaksa guna h/pon .
Kisahnya , dia bawa motor agak jauh dari kedai topup tu sebab nampak ayahnya panggil. Meyuruh bawa laju ke arahnya.Padahal , objek tu semakin jauh ke depan. Dia nampak si ayah tu pakai baju putih melambai-lambai ke arahnya. Sebenarnya , ayah tu tak balik lagi. Sekarang (masa n3 ini ditulis) baru dalam perjalanan balik dari sana.
Semasa aku menaip ni, meremang bulu roma. Harap Hazirah tak apa2.Malam ni kena stay kat hospital semalam. Xtray pun tak nampak patah ke apa. Semoga ini jadi pengajaran .
mcm ngeri je kisah ni..blh nmpak lak org yg xde dpn mata..huhu..
ReplyDeleteMalam yg sama lps kejadian tu, ada org jatuh juga kat situ . Langgar dgn lembu dan kena langgar lagi dgn kereta. Mmg tmpt tu makan org.
ReplyDelete