02 February 2011

CIRI-CIRI ANAK PINTAR CERDAS



Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas:
Pengamatan tinggi
Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang
Keinginan untuk tahu tinggi
Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara
Minat mendalam
Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut
Menerima infomasi dengan pantas
Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak
Ingatan yang tinggi
Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat
Mungkin dapat membaca lebih awal
Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun
Kerap membaca serta meluas
Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi
Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggah serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik
Tahap penumpuan yang lama
Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

Kebolehan menyelesaikan masalah
Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi


Keupayaan imaginasi yang tinggi
Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

3 comments:

  1. Salam Nieda, betoi, betoi. Kekadang deme terlampau banyak tanya buleh pening mak bapak!

    ReplyDelete
  2. bila nak byk tanya kita pulak yg bising suruh anak diam heehe..Harap2 anak2 kita pun cam tu kann..Insyaalah.

    ReplyDelete
  3. LL dan KAk HAlima:Ye, le. Dlm kelas tu bila rajin bertanya jenuh cikgu nak jawab.

    ReplyDelete