Buat Duit

Tuesday, February 1, 2011

KEK PISANG BERKISMIS


Semalam buat kek pisang campur kismis. Asalnya nak letak buah-buahan kering .Tak ado ,
 kismis jo yg ado. 
Pisang ada lebih  4-5 biji lagi. Tapi ada chef kecik membantu . Masa nak sukat tepung ,dia pun nak buat, kita pukul telur dia pun nak pukul telur. Kita nak letak kismis dia yang banyak sapu. Last-last gula lupa  nak campur. Fulamak , kek dah masuk oven. 
 Cepat-cepat bawa keluar .Masukkan gula walaupun  kek dah mula nasak bahagian tepinya. Kacau balik rata-rata. Kalau tak jadi  kek pisang tawarlah jawabnya.
Kek ni terlebih masak. Garing sikit kat tepi tu. Lain kali boleh kurangkan masa bakar.

Bahan:
200 gm pisang emas lenyek
15o gm gula kastor
4 biji  telur
10 gm ovelette
230 gm tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
125 susu cair
100ml minyak masak
sedikit garam
1 st esen vanilla

Caranya:

Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan tepung , soda +baking powder yang telah diayak bersama ke dlm adunan telur tersebut.Tambah susu cair ,esen ,garam, ovellete, pisang dan minyak masak gaul hingga rata dan sebati. Panaskan 0ven 180 darjah C dan bakar hingga masak.


Chef Kecik yang lupa nak campur gula dalam kek pisangnya.

4 comments:

  1. nampak sgt sedap! terus terasa kelaparan huhu...kek pisang feberet sy!

    ReplyDelete
  2. Sekarang ada macam2 versi kek pisang , ada belang, ada tambah kekacang , ada buah2an kering dan ada yg kosong saja. Pilih yg berkenan di hati. Cobalah nanti ya Hanis.

    ReplyDelete
  3. comeynya budak kecik itteewww!!

    ReplyDelete
  4. Salam Nieda, ibu mithali...tapi takut nanti anak2 Nieda jadi gemuk makan kek sesaja!

    ReplyDelete