03 February 2011

Hari Raya Cina


Hari ni meriah sekali.  Jalan raya sibuk dengan deruan kereta hilir mudik. Macam kita pulak raya. Sempena cuti raya ni ramai juga yang mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri kahwin.  Sepanjang jalan tadi ke rumah kenduri ,kelihatan 2,3 group  kereta berkonvoi mungkin rombongan kenduri . Ayat macam tak betul aja kereta berkonvoi. Hentam ajala Labu.


Balik makan kenduri , teringat la pulak misi nak buat kek prune. Buat la pula kek untuk mencapai misi.


Tengok tu tak sempat nak snap, ada tangan kecik dah ambik satu.

Prunenya tak banyak dah kena cilok dengan anak-anak.

Kek ni resepi kukus. Tapi tengak dok nak didihkan air.Tup2 api dapur padam. Aik , baru ja beli  gas tak kan dah habis kut. Tapi disebabkan tengah nak buat kek, adunan pun dah siap . Terpaksa la p beli tong gas baru. Balik pasang,  api tak nyala. Apa pula silap ni???

Cara kedua , masak kek pakai oven cara stim la. Letak dalam dulang berisi air macam nak buat kek karemel. Akhirnya jadi juga kek seperti dalam gambar di atas. Lapisnya tak berapa nak jadi sebab tukang masak tengah blur dapur tak berasap................Walaupun tak berlapis dengan elok tapi sedap.

Resepinya:
5 bj telur gred A sejuk dr peti sejuk (saya letak 4 sj)
225 gm gula halus
220 gm t. gandum
1 sk baking powder
1 sb ovellette
150 ml susu cair
garam
100 ml minyak
1 sk esen vanilla
pewarna ikut suka
prun / asam manis

Caranya
Pukul telur dan gula. Masuk mtepung yang diayak dgn baking powder. Masuk semua bahan  satu persatu . Gaul sebati. Bila dan rata semua nya  bahagi ikut warna kesukaan. Lapis dgn diselang seli prun. Kukus sampai masak.

Selamat mencuba.



6 comments:

  1. rajinnya baking...
    kat sini x der ovalette..

    ReplyDelete
  2. Fa: Selamat datang ke blog saya. Lama tak berkunjung .Ovalette pun kena tengok yg ada tanda halal. Kalau x ada boleh ganti dgn stabilizer.

    ReplyDelete
  3. assalam nieda, menarik tgk kek ni...sure sedap ni..actually dh lama masuk list tapi belum ada kerajinan nk buat lagi...hehe

    ReplyDelete
  4. Cubalah nieza tapi banyakkan prune baru rasa masam2 manisnya.

    ReplyDelete
  5. Raya cina selalu makan kuih bakul.. tapi ni makan kek lapis he..he.. tapi mesti kek lapis lagi sedap kan :)

    ReplyDelete
  6. i amsterdam: Ubah selera sekali sekala.

    ReplyDelete