29 March 2011

Alahai dah hilang!!!!

Di luar pagar rumah kami , ada suami tanam buah anggur. Hari tu dah buat entry buah anggur ni. Baru keluar putik 3 ,4 tangkai di beberapa penjuru dahan. Saiz yang kecil susah nak tengok. Lagi pun warna yang sama dengan daun mengelirukan mata.Kena perhati betul-betul baru nampak.  Bila dah berbuah tu, satu keluarga suka hati. Maklumlah , nak tunggu keluar putiknya tu makan bertahun juga. Kira pokok  anggur ni susah nak cari kat Selama. Ada tak pokok anggur lain kat Selama ni?? Atau tuannya yang bikin kepoh.

Tup2 masa kami bersantai kat depan rumah tu. Suami kata buah anggur dah hilang!!! Alamak , hilang pula . Bukan setangkai , habis semua dia sapu  bertangkai-tangkai.Nampak gaya kempunanlah nak merasa anggur from Selama ni. Tak tahulah mungkin , monyet yang  curi kut .Sebab betik belakang rumah ada yang kena kokak. Dah nasib badan tak dapat merasa. Harap2 rajinlah anggur ni berbuah semula.
Post a Comment