28 March 2011

CERITA TENTANG KEK.

Wah , dah banyak hari tak post entry baru. Bila sehari terlepas, bertambah jadi dua hari pulak. Esok dan esok tak update juga. Tak boleh jadi ni.

Hari ni, hari  pertama selepas berhujung minggu. Hari pertama bekerja. Semalam ada yang balik dari kampung terus ke tempat kerja. Jadi hari ni kami daptlah buah  tangan dari jauh tu. Pagi tadi merasa kek dari Anisah.Tempahan dari  Kedah terus ke Perak . Wah , bertolak pagi betul dari rumahnya. Lebih kurang 4.30 pagi . Gelap lagi tu. Drive sorang2. Berani betul Si Nisah ni. Tapi tak apa akak doakan Nisah pergi dan balik dengan selamat. Hari ni Nisah bawa kek icing sebagai buah tangan. Sekejap ja licin.

Ini sifu kek bagi tahu. Ya lah, masa makan2 kek tadi. Siapa lagi kalau bukan si Isma. Saja nak kongsi info. Dia pun tahu dari orang yang pakar buat kek juga. Kek dari bangsa asing , kalau yang dijual tak laku selepas 3 hari , dia akan bawa masuk dan cucuk dgn brandy utk tahan lebih lama. Ini sebagai maklumat untuk orang muslim kita. Belilah kek dari org kita juga supaya selamat dan halal. Saya tidak bermaksud apa2 cuma sekadar menyampaikan apa yg saya tahu.

1 comment:

  1. Info ni sy dpt dr seorg guru yg mengajar kek di ipoh di mana dia pernah mengikuti satu kursus anjuran sebuah syarikat yg turut mengajar guru tersebut cara menyuntik kek.wallahualam.

    ReplyDelete