11 March 2011

Berjuang Untuk Sebuah Nama

Pagi tadi dah bertolak ke Teluk Intan , anakku Izzat Hakimi untuk bertanding dalam Pasukan Bola Tampar Sekolah peringkat Negeri Bawah 12 tahun. Pukul 6.15 pagi ,Cikgu Hanif nak datang ambil di rumah. Tapi bukan itu yang aku nak kisahkan. Namun si punya diri yang nak pergi tu. Excited  lebih.

Pukul 5 pagi dah jaga. Lebih mudah  bangun tanpa digerak oleh si ibu. Kalau nak ke sekolah pun tak semudah ini boleh bangun. Asyik ,tengok keluar kut-kut cikgu dah sampai nak ambil dia. Makan pun tak lalu. Minum milo dan keropok lekor sikit buat lapik perut.

Eh,eh maknya  pun over gak. Maklumlah nak lepas anak pergi sorang diri. Dia paling muda 11 tahun.  (Dengan guru dan kawan-kawan).  Empat  hari pulak tu .Dalam hati terfikir macam mana  dia nak urus diri di sana .Pesanan pun berbagai versi dah .Itu ,ini macam-macam. Last-last dia kata, "Mak ni janganlah risau lebih pulak". Bukan risau apa, takut dia tak boleh nak bawa diri saja.

Esok kami akan bertolak ke sana sekeluarga untuk memberi sokongan sambil jalan -jalan cari makan.  Semoga beroleh kemenangan dan dipermudahankan dalam perjuangan.
Post a Comment