03 March 2011

Kesukaaanku.

Kenapa ya , kalau nak beli kain untuk buat baju ,mataku selalu terbekenan dengan warna biru atau hijau.  Pilihan aku lebih suka warna merah terang atau marron. Kalau baju biru sepanjang hari suka ja. Citarasa masing -masing bukannya sama. Kalau tak,tak lakulah kain kat Nagoya tu kan.

Mungkin juga aku dapat tempias dari mak aku. Sebab dia pun suka warna biru. Lagi satu kesukaannya ialah , mak suka perhiasan dari batu permata. Macam cincin yang diikat dengan batu zamrud ke, batu merah (lupa dah nama batu merah tu) berlian apatah lagi. Suker sangat.

Pengalaman aku sendiri , cincin yang ada batu hilang tiga kali. Pertama, masa baru-baru kahwin, suami belikan cincin berbatu biru .Suka sangat . Sebab muat-muat jari jadi selalulah cincin ni  kehulu-kehilir aku pakai.  Tup-tup masa balik Langkawi hilang di curi orang. Nampak orang tu masuk  bilik  dan keluar.Tapi tak syak lagi. Sedar- sedar tak tak ada.

Lepas tu suami gantikan dengan yang lain . Seakan-akan dengan hilang dulu.Pun hilang juga kena curi. Sebabnya diri sendiri yang lalai. Bila balik kerja , buka letak merata-rata di tempat terbuka.
Kali ketiga tak ingat ,suami beli atau beli sendiri. Selalu cincin ni pakai pergi sekolah. Alih-alih satu hari tu nak jadi cerita , sorang budak tertolak pintu terkena cincin batu ku ini. Mula-mula kena , permata biru tu masih ada. Akhirnya jatuh juga batu tu . Tinggal rangka cincin saja. Hanya tahun lepas aku gantikan dengan batu warna merah pula masa berkunjung ke Terengganu.
Panjang pula malam ni.  Jangan jemu ya . Lepas gian lama tak berbloging. Layannnnn.
Post a Comment