Buat Duit

Wednesday, March 2, 2011

Makan roti di hujung minggu

Terima kasih kepada sifu IT , cikgu Lan SEKUGA , kalau tak Cempaka Biru ni harus berkubur begitu saja. Seminggu tak dapat post N3 , rasa tak seronoknya. Rupa-rupanya Explorer ada masalah sikit , jadi kena tukar guna Mozilla firefox pula. Alhamdullillah dapat bersiaran semula.

Hujung minggu lalu, (dah berabuk tapi baru nak keluar hati ni) saya dan beberapa kawan yang lain belajar buat roti di rumah  cikgu Isma nazaisma.blogspot.com. Dia pakar kek. Kami belajar dengan Cikgu Ann dari Parit.

Ada 12 jenis roti , yang kami belajar. Dari pagi samapai ke petang. Menguli sakan kami hari tu. Puas hati dapat bawa balik roti banyak dan menjadi. Dah tahu nak buat cinnimon rolls, sosej rolls, roti dandan dan lain-lain. Tapi anak-anak memang suka makan mini pizza tu.

No comments:

Post a Comment