31 March 2011

Murah sangat..!!

Petang tadi bawa anak -anak gunting rambut. Asyik tertangguh, memandangkan hari ni hari Khamis, hari yang disunatkan bergunting rambut pergilah anak beranak ke kedai gunting. Bila sampai , pelanggan tak ada . Jadi teruslah panjat kerusi. 4 orang gunting rambut (seorang dewasa dengan 3 kanak-kanak) baru RM 9. Selalu dewasa dia ambil RM 3, kanak2 RM 1.50 saja. Mana nak dapat kat tempat lain.

Tapi kedai ni biasa saja. Tak ada penyaman udara, kerusi empok jauh sekali, radio dan tv pun tak ada. Yang ada pun hanya kerusi bagi pelanggan duduk, cermin besar, kerusi wajib untuk orang yang nak gunting rambut dan keperluan mengunting sahaja. Kedai tepi jalan. Tukang gunting ni dipanggil Pak Long  . Kalau lambat jenuhlah beratur .Pak Long selalu berniaga selepas pukul dua. Sebelah pagi dia buat kerja lain. Dia selalu datang naik motorsikal Jaguh warna Kuning.

Si abang 2 orang tu dah pandai, tak mahu dah potong pisau nombor 1 . Potong pakai no 1 ni kira macam botaklah. Dah pandai melawa. Nak trim sikit saja. Anak yang kecik ni saja nak dengar cakap mak dia. Dia ni potong nombor 3. Kira macam Mawi pendeknya. Lambat sikit panjangnya. Kali ni tak menangis. Kalau tak meraung satu kedai . Mak dengan bapanya pegang kiri kanan. Baru boleh potong rambut. Hari ni ok ja. Tapi  naik dengan bapanya sekali atas kerusi tu jawabnya.

3 comments:

  1. wah kira semuanya hari ni berimej barulah ye...

    ReplyDelete
  2. haahaa..sama mcm Haziq tiap kali potong rambut satu taman dengar dia nangis. macam anak kena dera ajee..last2 papa dia malas gunting sendiri kat umah, bwk pi kedai aje. Kat kedai tak pulak nangis..tahu malu la tuu..

    ReplyDelete
  3. LL: Ni bawa kat kedai pun meraung.Tapi semlm tak nangis. Harap 2 x nangis lain kali .

    Chempaka : Hari berwajah baru sama dengan bapa dia sekali.

    ReplyDelete