21 March 2011

NAK TEMPEK JUGA GAMBAR NI!

Gambar ini merupakan di susur masuk utama ke Anggerik Laodging. Hiasan sekeling cantik dengan bunga-bunga.Rata2 pekerja house keeping adalah orang Indon berdasarkan percakapannya dan gayanya. Bilik kami RM90 semalam . Ada satu katil besar dan 2 katil double deaker serta tv, kipas angin juga aircond. Bilik air di dalam bilik. Ada juga bilik 1 katil dengan harga RM 45 semalam. Lokasinya betul2 belakang pejabat Pos Gelugor.


Keluar dari Anggerik, kami terus ke pusat bandar. Ronda2 dan beli apa yang berkenan terus ke Batu Feringgi. Bngunan KOMTAR tu dulu mmg merupakan satu mercu tanda negara. Sebab dulu mana ada bangunan setinggi  60 tingkat . Jadi kebanggan rakyat Penang semestinyalah. Kalu kita ke Penang tak sah kalau tak singgah. Dulu masa kecik2 , kami selalu dibawa ayah makan angin ke Penang. Tidur semalam , ronda2 Penang baru balik. Masa tu naik feri. Jambatan tak ada lagi. Best cuti dengan ayah. Kini tinggal kenangan ayah dah tak ada. Semoga dia aman di sana.

Ni kat Pantai Miami dekat . 4 daripada 5 beradik. Si kakak dak p makan nasi goreng dengan ais kacang kat atas tu. Ais kacang kat Penang ni rata2 ada buah  kabung. Semalam kat Tesco Sg. Dua pun ada . Sedap. Aku suka.

Anak teruna bermain ombak. Last2 oder nasi goreng ayam. Lapar...

Pergi naik jambatan , balik budak 2 request nak naik feri pulak. Layan aje. Bukan kena bayar pun. Bayar masa nak masuk ke Pulau saja. Nak kluar tak payah dah.

Masa tunggu solat Jumaat , kami dok buka dodok Terengganu yang dibalut dengan daun. Itulah mak saya kak Halima dari Blog MOH KEMBARA kalau nak kenal. Tahun ni dia memang makan angin saja.

No comments:

Post a Comment