Pagi ni tinggal adik yang belum mandi. Lena sungguh . Bilik ini disediakan satu katil besar , 2 double deker ,1 tilam tambah(betul ke?), aircorn, kipas angin kecik, tv, dan bilik air di dalam.Ada juga bilik air di luar boleh kita guna juga. Wifi ada disediakan di lobi kat bawah.Untuk bilik keluarga macam ni RM 90 semalam . Bilik 1 katil RM 45 semalam. Lokasi betul-betul di Gelugor belakang Pejabat Pos.
Selepas bersiap dan bergambar ramai2 dengan keluarga dari Terengganu, kami menuju ke pusat bandar. Nak tengok ada apa yang berkenan.Bangunan KOMTAR yang tinggi 60 tingkat ni merupakan mercu tanda negara suatu masa dulu. Kalau p Penang tak singgah saja sangatlah.
Empat beradik bergambar di tepi pantai Miami yang kena Tsunami dulu. Sekarang dah ok. Tapi cuak juga nak singgah sebab baru lepas Tsunami Jepun. Kelihatan di belakang sampan nelayan mencari rezeki. Anak yang sulung dah p order nasi goreng dan ais kacang kat atas nun. Ais kacang kat sini rupanya ada letak buah kabung Suka dapat makan buah kabung tu.Lain-lain ramuan sama saja. Semalam kat Tesco Sg. Dua belakang USM pun ada campur buah kabung. Buah kabung ni boleh beli kat Pasar Cowrasta tempat jual jeruk tu.
Anak teruna bermain ombak. Semua orang dah naik makan dia asyik kutip siput. Last2 order nasi goreng ayam. Lapar....
Pergi hari masuk melalui jambatan . Balik ni budak2 request naik feri pulak. Layan aje . Bukan kena bayar pun. Nak masuk Pulau kena bayar , nak keluar tak payah . Budak2 enjoy naik feri sebab lalu jambatan dah selalu. Bukan tak pernah naik feri sebenarnya tapi dah lama. Masa tu kecik lagi dah tak ingat sangat.
Sebenarnya entry ni 2 kali taip. Yang tadi tak boleh keluar. Heran. Kek Pisang Marble boleh pulak..
Assalamualaikum Yong, waaah bercuti ke Tnajong nooo! Dulu akak dok 10 tahun kat situ. Pas 7 tahun gi balik dah tak kenal banyak jalan! Ada try tak mee udang kat Teluk Kumbaq?
ReplyDeletePi tanjong la. Makan angin musim cuti.
ReplyDelete