18 March 2011

Seronok juga cuti ke Penang.

Baru sampai dah pegang lappy. Terjah blog dulu. Kain baju menimbun nak basuh. Biar dulu mesin tengah basuh, tuan mesin sibuk nak uruskan blognya. Semalam bertolak dah lewat Hampir pukul satu. Bila semua masuk kereta , tiba-tiba tayar kereta  (suami punya) dah kempis.  Kalau tunggu lepas balik Penang nak uruskan lagilah banyak kerja pulak. Sementara tayar boleh jalan lagi ke kedai , pergi dululah . Terpaksa  tunggu lagi . Anak -anak excited  dah nak jalan sampai si kecik tak mahu keluar kereta .

Perjalanan ke Penang berjalan lancar. Singgah makan tengahari  kat Kulim. Dah kenyang ingatkan nak ke Penang  terus. Rupa-rupanya singgah dulu di kedai wajib singgah, Sea Tackle beli mata kail dengan topi memancing.

Dah selesai semua perjalanan diteruskan melalui Jambatan P.Pinang hingga ke sana. Kami menginap di Anggerik Loadging di Gelugur. Dekat USM , MPPPP (Maktab aku dulu) dan  Tesco Exrta di Sg Dua.
Rupanya Azhar Sulaiman pun tidur sini juga pada malam yang sama . Tengah berlakun cerita DADI kalau tak silap. Patutlah nampak kereta MAF14 di tempat parking.  

3 comments:

  1. nanti pi lah sarapan di Taman tun sardon punya kompleks penjaja pagi tu..macam macam ada!!

    ReplyDelete
  2. jauh jalan ..biasalah la tu time jalan mmg tak ingat penat.lps balik tu nnti baru adohh..penat!

    aik minat gak mancing ke? samalah cam pakwe saya gak.

    ReplyDelete
  3. Axim: Tmpt tu blkg tmpt menginap kami tu ek. Tapi hari tu sarapan kat Bt Feringgi nun tepi laut.

    Chempaka : Ala , kalau singgah berjam2 boleh duduk pilih mata kail tu. Penat menunggu dia memilih.

    ReplyDelete