Bercerita tentang nak dicerap, maka semalam selamatlah cikgu Tahun1 ni kena cerap. Oleh kerana waktu matematik ni selepas waktu rehat, maka bolehlah membuat persiapan terakhir dengan lebih baik. Oleh kerana diminta menggunakan kemudahan ICT maka cikgu ni menggunakan kemudahan internet untuk mendapatkan bahan berkaitan. Tahun ni tidak dibekalkan kemudahan CD seperti zaman PPSMI dulu yang mewah dengan CD untuk setiap matapelajaran.
Murid2 enjoy belajar menggunakan bahan matematik dari Maths is Fun. Gambar yang dipaparkan berwarna -warni menjadikan sesi pembelajaran berjalan lancar. Selain itu bahan maujud yang lain ada disediakan juga bagi menambah kefahaman murid. Cikgu juga tak lupa menyelit pengajaran menggunakan arbacus. Arbacus wajib diajar utk murid Tahun 1. Setakat ni budak-budak kelas aku dah tahu mengguna arbacus untuk mengira. Kita sebut aja angka mereka dah boleh tunjuk pada papan arbacus tu.
Murid enjoy , cikgu pun suka . Puas hati dengan markah diberi.
No comments:
Post a Comment