15 April 2011

JANGAN MINUM BERDIRI.

Dalam adab orang Melayu , minum berdiri dikira tidak sopan. Islam sendiri melarang umatnya minum sambil berdiri. Apabila dilarang kita membuat sesuatu perkara itu , maka sebenarnya ada perkara yang tidak baik yang perlu dielakkan. 

Sebenarnya , minum berdiri juga tidak elok di segi kesihatan.

Islam menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi kesejahteraannya.

Islam melarang umatnya minum secara sekali gus atau terus-menerus air dalam satu tempat air, sebaliknya sunat membaca Bismillah dan mengucapkan Alhamdulillah dan hendaklah diminum dengan dua atau tiga teguk.

Islam juga menasihatkan umatnya daripada meminum air dalam tempat simpan seperti teko atau cerek dan sebagainya. Makruh meniup ke dalam air yang akan diminum sama ada air itu panas atau sebagainya.

Ini menunjukkan Islam mementingkan kesihatan bagi umatnya dan mengajar supaya mereka tidak tergopoh-gapah minum sehingga tiada kesabaran menunggu dan menanti air itu sejuk terlebih dulu.

Minum berdiri bagi wanita boleh menyebabkan saluran kencingnya menjadi longgar. Apabila terbatuk atau terbersin wanita tersebut akan mudah terkencing. Tindakan ini tidak dapat dikawal. Ia terjadi secara semulajadi. Perbuatan minum sambil berdiri akan menyebabkan jumlah air yang diminum terus menuju ke rahim wanita tersebut berbanding jika minum dalam keadaan duduk, air akan disaring terlebih dahulu. Jadi kandungan air yang banyak di situ akan menyebabkan ia mudah dikeluarkan semula.

Sesungguhnya setiap larangan itu akan membawa  keberkatan dalam hidup. Sebagai contoh Rozita  pelakon tu, beliau amat berpegang kepada adat dan larangan orang tua untuk mengekalkan kesihatan dan kejelitaannya.

@ Sekadar berkongsi info.


No comments:

Post a Comment