Buat Duit

Sunday, April 10, 2011

Kek Pisang Marble di hujung Minggu



Tak habis lagi dengan pisang. Sepanjang minggu ni makan pisang saja. Hari ni kek pisang marble pula. Walaupun tak berapa nak marble sebab stok  coco kat rumah dah tinggal ciput aja. Resepi kek ini yang sukat pakai cawan tu yang membuatkan kek ni jadi dengan cepat. Tukang masak ni suka yg cepat2 aja. Kalau tukang masak pro tahu tentu dah kena bambu.

Bahannya

4 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
2 sb coco
3 cawan tepung gandum
2 st soda bikarbonat
2 1/2 cawan pisang lenyek
sedikit esen
1 cawan minyak masak

Caranya.

1. Pukul telur dengan gula  hingga kembang. Kemudian masukkan minyak. Campur esen sedikit.
2. Masukkan pisang yang dah dilenyek (saya guna pisang emas dlm 11 biji).
3. Masukkan tepung gandum yang dah diayak bersama soda. Gaul sebati.
4.Bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk coco.
5. Tuang selang seli ke dalam acuan untuk menghasilkan corak belang-belang.

Adunan ni saya dapat 2 biji kek kalau  guna acuan yang 7 x4 cm.

Selamat mencuba.

3 comments:

  1. saya pun suka buat resepi yg pakai sukatan cawan. Tak rajin nak menimbang heehe..

    ReplyDelete
  2. Isma: Tunggu anak2 balik cuti ,boleh makan sama2.

    LL: Kalau pakai cwn cepat je. Kalu nak timbang pakai kilo pikir 2x pulak.

    ReplyDelete