11 April 2011

AMBIL DARAH.

Jumaat lepas ada temujanji di hospital. Sekarang ni mmg ada tarikh yang kena pergi hospital samada jumpa doktor atau ambil darah untuk dihantar ke makmal. Keadaan ni berlaku selepas bersalin si kecik pada 2008. Semasa mengandung keadaan kesihatan amatlah baik . Tiada masalah kencing manis atau darah tinggi. Tetapi selepas saja bersalin aku dikesan ada penyakit darah tinggi .

Semasa membawa baby (umur dlm seminggu) yang disyaki ada kuning ke hospital, aku pula ditahan kerana tekanan darah naik 160/100 . Tidurlah kami dua beranak diwad 4,5 hari. Anak dah ok, mak pulak tak turun2 tekanan darah. Sejak hari tu aku dah ada buku hospital.

Ceritanya , sehari sebelum bersalain , aku mengidam makan ikan kedera masin(tak tahulah ikan ni org panggil ikan apa). Sedapnya makan nasi tengahari tu. Dok esok masuk hospital turun tanda. Masa tu , dah dapat kesan tekanan darah tak berapa ok. Tapi doktor cakap tak ada masalah. Bersalin normal sekejap saja baby dah keluar. Tapi selepas itu tekanan darah tak normal lagi. Adakah kerana kedera masin tu??

Sekarang dah ok sebab sentiasa dipantau oleh doktor. Ubat pun diambil ikut peraturan. Tekanan darah dah normal tapi ubat tak boleh berhenti. Bagus juga kita selalu buat post mortem penyakit kita. Kita tahu tekanan darah terkawal, tahap kolestrol ok ke tak, ada diabetes ke tidak. Cuba bayangkan kalau kita tak pantau tahap kesihatan kita, tiba2 kena serangan jantung ke apa. Minta jauhkan lah.

Akhir  sekali kita kena kawal cara pemakanan kita , kurangkan minyak, lemak, gula dan sebagainya dan banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran . Pastikan minum air kosong dalam kuantiti yang betul. Sayangi diri kita untuk hidup  lebih bermakna.

4 comments:

  1. betul tu akak...selama ni perasan sihat..rupa2nya ada penyakit tersembunyi. Apa2 pun take care :-)
    p/s: saya tak pernah pulak dengar ikan kedara.

    ReplyDelete
  2. ikan kedera ikan yang byk sisik, sisisk digoreng sekali. sedap makan dgn pulut.

    ReplyDelete
  3. semuga tiada yang membimbangkan...insyaallah

    ReplyDelete
  4. azlina ; sekarang dah maintain balik.under control.

    ReplyDelete