12 April 2011

MINYAK MASAK DAH HABIS STOK DI KEDAI!!

Untuk bulan ni belum beli minyak masak lagi, sebab stok minyak yang bulan lepas ada setengah botol lagi (botol paling besar 3 ke 5 ml  ye?)Eh!  Boleh lupa pulak . Jadi masa beli barang dapur hari tu KIV dulu. Sekarang minyak tu dah nak habis . Kiv tu pun sebab jenama kegemaran tak ada di pasaraya besar tu. Asyik jenama keluaran sendiri saja yang berderet. Jenama Cap Buruh, Cap Helang  adalah. Tapi minta maaf lah itu bukan pilihan.

Saya mencari brand Sri Murni atau Vesawit. Selalu beli Sri Murnilah. Minyak dia cantik kuningnya walau pun dah goreng 2,3 kali. Tak macam minyak lain bila kali ke2 dah nampak perang.
Petang semalam singgah kat kedai kawasan tempat tinggal. Pun tak ada , jenama pilihan. Cap buruh , cap Helang. Minyak jagung adalah. Minyak jagung pelbagai jenama ni baik sangat kalau kita guna tapi mahal lah sikit. Stok ni ada juga kat rumah tapi botol kecil aja.

Agaknya  berlaku krisis minyak masak lagi ke ??

2 comments:

  1. salam....

    mcm mana boleh jadi mcm tu..?

    ReplyDelete
  2. tak tahulah.esok nak tgk lagi kedai yg lain.

    ReplyDelete