07 April 2011

Sehari dapat 2 kuih.

Mata dah mengantuk tapi gagah juga nak tengok blog. Lepas makan ubat batuk ,mata dah layu  macam nak tongkat mata dengan galah panjang. Sejak 2,3 hari lepas badan rasa tak berapa sihat. Mula dengan rasa sakit tekak . Itu tanda mula-mula nak demam. Lepas tu datang pulak selsema dan sakit kepala. Perubahan cuaca kut.
Ramai yang demam minggu ni. Sekarang ni kalau panas memang panas betul. Kalau hujan  pula datang dengan angin ribut menderu-deru. Dengan bunyi kilat sekali.

Cerita pisang semalam, memang jadi lepat hari ni. Bukan satu menu tapi dua pulak. Satu lagi apam pisang. Apam ni buat dalam satu  acuan  kecil .  Buat kuih ni bukan pakai sukat. Pakai hayun semua bahan saja. Nasib jadi.

Apam pisang

6 biji pisang emas (lenyek)
2 sudu besar  gula pasir ( pisang emas dah manis)
1.5  cawan tepung gandum
sedikit garam
1  biji telur
2 sb minyak masak / santan
1,5 sk soda bikarbonat

Caranya

1. Leyek pisang. Masukan gula , santan , tepung , Gaul sebati.
2, Masukkan soda .(ayak dengan penapis teh) .
3, Masukkan garam.
4. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.

Resepi ni apam jadi lembut dan gebu.Resepi ni saya dapat dari blog Yatie Memories. Terima kasih Yatie kerana berkomgsi resepi. Oleh sebab, adunan sikit, saya hanya agak2 saja.

No comments:

Post a Comment